Thursday, October 8, 2015

Fina Anastasya - 10 Tips emann alpha

_DSC5176
1. MODEL SCOUTING
Oke aku tau korang ada yang gila shoot model dan ada yang lebih rajin lagi adalah dia suka cari model baru, tips dari aku adalah korang kene tgk album diorang dalam fb. 


JANGAN tgk album photoshoot dulu tapi tgk album profile diorang atau mobile upload diorang dan tengok selfe. Sebabnya diorang ni tau angle mana yang diorang cantik dan sebab tu la diorang shoot selfie angle tu. Dari situ korang apply la angle yang sama.

Oh ya, sebelum aku lupa, lepas tgk album selfie diorang tu baru korang tengok album photoshoot diorang dan tgk apa kemampuan diorang dan juga dengan siapa diorang dah shoot.

_DSC5182
2. BENCHMARK (PENANDA ARAS)
Set satu benchmark atau tanda aras macam sapa korang nak jadi. Sebagai contoh aku sangat suka hasil kerja Widjita dan Librodo, jadi apa aku buat adalah usahakan diri aku untuk hasilkan seni seperti mereka. Walaupun tak sama, dekat-dekat pun da oke kan? hehe.

_DSC5222
3. RANCANG PHOTOSHOOT
Rancang la photoshoot hangpa, plan nak shoot tema apa, dengan siapa dan dimana. Cari contoh atau konsep art dan kongsi dengan model. Lepas tu set berapa keping gambar power korang nak hasilkan dari sesi tu. Jangan la pulak satu angle sampai 27 keping gambar, cuba satu angle untuk satu gambar power. Apa guna buat refference tapi tak guna? Macam aku, minimum 6keping artwork dan maksimum 10keping ja. Hangpa tak buang masa dengan model shoot dari pagi sampai malam tapi sekeping pun tak jadi, dah la hangpa sep nak bayaq model. Ingat, model tu orang jugak oke, depa tau rasa penat. Jadi, rancang photoshoot oke dan ini adalah salah satu sebab aku dapat shoot model yang sama berulang kali sebab sesi aku pendek dan gambar mantap.

_DSC5203
4. JANGAN TAK UPLOAD LANGSUNG
Aku tau korang ni gila trigger, sekali outing gambar lagi sekeping dua nak sampai 1000. Jadi, bila nak upload JANGAN upload semua 1000 keping sebabnya orang takkan tgk dan menghayati hasil kerja korang. Upload sehari sekeping dan maksimum 2 keping sehari. Nak lagi best selang sehari baru upload sekeping. Bagi viewers berdarah hidung bila tgk gambar. Aku ada sesi yang dua tahun lepas pun tak habis upload lagi. Oh ya, JANGAN tak upload langsung sebabnya nanti model akan hilang kepercayaan dekat korang. Memang komfem model tu takmau shoot dengan korang la lepas ni kalau tak upload langsung.

_DSC5187
5. MOTIVATE MODEL
Semasa sesi photoshoot, aku suka tunjuk hasil shoot aku on the spot kalau aku dapat yang elok supaya model tu lebih bersemangat dalam next shots kita. Ada masanya aku akan tunjuk sebab aku tak dapat apa yang aku nak supaya model tu boleh memperbaiki pose dia. Secara tak langsung ia akan motivate model tu. Sebab dengan berbuat demikian, model akan yakin dengan kita.

_DSC5151
6. UPLOAD GAMBAR YANG TERBAIK DAHULU
Selepas sesuatu outing portrait, upload gambar yang paling power sekali dalam sesi tu dan secara otomatik gambar berikutnya akan nampak power. Sikap 'Save The Best For Last' akan membuatkan orang kata,
'Haaaa! ada pun yang elok, ingatkan tak reti tangkap gambar.'
Mulut orang memang macam tu.

_DSC5195
7. KESEDARARN DIRI
Kesedaran diri tu penting. Aku ada kesedaran diri hang gambar aku biasa saja dan sapa-sapa saja bole buat jadi aku tak suka kalau model yg aku nak shoot tu berbelanja untuk shoot dgn aku. Aku akan suruh pakai ja yang mana ada. Andaikata kalau dia nak pi buat rambut, aku akan bayar untuk tu. Biasanya aku akan cover kos perjalanan dan pakaian yang dipakai(kalau dia xde baju yg aku nk shoot) dan satu lagi, andaikata sesi aku ada 4photographer ke atas, kami akan collect dan bayar model untuk sesi tu sebab melayan kepala merapek kami. Sekarang ni kalau dua photog pun kami bayar walaupun dalam deal dgn model aku tak mention pun nak byr diorang. Ini adalah salah satu sebab kenapa aku boleh shoot model yang sama berulang kali. INGAT, kesedaran diri tu penting

_DSC5238
8. BELAJAR EDITING (sekurang-kurangnya asas)
Belajar la sedikit editing, sekurang-kurangnya buang jerawat dan parut. Korang kena tau yang korang shoot ni perempuan, dan perempuan nak nampak cantik. Sebab tu la kalau korang shoot satu model ni dan terus upload gambar tanpa retouch, dia takmau shoot dengan korang dah lepas tu. Macam-macam alasan dia bagi nanti. 
Kot ye pun tak reti edit jangan la pulak mengutuk orang yang suka edit dengan alasan,

'Itu bukan fotografi tapi photoshopgraphy'. 

Yang sebenarnya korang cemburu kan? hehehehe Dah tak reti edit sangat belajar la komposisi gambar, faham fungsi kamera seperti Aperture, iso dan paling penting sekali adalah White Balance. Ini tidak, dah la bengap tak reti edit, komposisi pun cam haram tambah pulak White Balance hancur. Habes skintone warna magenta, hijau, kuning, merah. Dah macam rakyat dalam cerita Dragonball da aku tengok.

_DSC5213
9. HAVE FUN
Rasanya yang pernah outing dengan aku akan faham apa maksud aku. Biasanya aku akan merepek sewaktu shoot supaya model tu ceria semasa sesi shoot. Secara tak langsung mood model akan baik dan dia akan lebih bersemangat untuk pose dengan aku. Bagi diorang gelak, buatkan mood sedih, bagi diorang marah, ikut kesesuaian tema korang. 

_DSC5176indian summer + melody tone
10. HARGAI MODEL
Selalunya, kalau aku set model tu untuk shoot dengan aku dan kawan-kawan aku, aku tak pernah janji apa-apa pada model tu. Tapi dalam masa yang sama aku pakat dengan kawan-kawan aku untuk collect dalam RM20-RM30 untuk model tu dan lepas belanja makan atau minum atau diakhiri sesi tu kami akan bagi pada model sebagai tanda penghargaan kami sebab sudi shoot dengan kami. Seriously next time kalau ajak diorang takkan tolak kalau diorang free.


4 comments: