Thursday, September 29, 2016

emann's colour - hangpa mesti suka kan?

Weh!!! lama gila aku tak update blog. hangpa mesti rindu aku kan? hahahahahah!!! iyolah korang tu. Jadi harini denga bahasa tunggang-langgang aku, aku nka kongsi bagaimana aku dapat warna dan skintone yang korang selalu tertanya2. tapi sebelum tu hehehe....

_DSC4669
Lawa kan?

_DSC4657
aku memang suka colour punch macam ni

_DSC4704
Memang mata aku suka macam ni

_DSC4680
Aku memang suka high contrast portrait

_DSC4680bw
High contrast macam ni kalau buat black and white memang enak weh

_DSC4753
Aku memang banyak terpengaruh dengan Widjita Raya Mulyadi dan Manny Librodo. Sebab tu warna portrait aku macam ni

_DSC4727
Ada hari aku akan terlebih rajin aku akan luang lebih masa untuk hasilkan gambar macam ni

_DSC4628
Rasanya warna macam ni dah memang signature aku sejak emann alpha lagi

_DSC4645
Aku tak minta banyak, cuma pengkongsian aku kalini dihargai :)

LIGHTROOM
Oke, kita akan mulakan dari lightroom. Aku ni suka guna lightroom sebab aku banyak shoot RAW.  Pada aku Adobe Photoshop Lightroom adalah medium terbaik buat aku untuk proses RAW. Ready?

New Picture
Pertama sekali aku akan adjust WB untuk dapatkan true tone ikut sedap mata aku. Kemudian aku akan naikkan sedikit exposure dan aku akan sokong exposure aku dengan curve. Aku sengaja naikkan shadow untuk tunjukkan detail dalam bayang, biasanya aku akan naikkan antara 25 - 50. Untuk gambar ni aku tak naikkan clarity yang tinggi tetapi untuk vibrance aku naikkan sehingga 50

New Picture (1)
Sejak kebelakangan ni aku memang suka gunakan Lens Profile supaya LIGHTROOM dapat betulkan exposure serta distortion pada gambar. Setting sharpening aku adalah seperti dalam gambar rajah. Untuk kurangkan noise, korang tiru ja setting aku. Tak kira korang shoot pada iso1600 pun, insyaallah dia akan kurang atau tak ada. 

New Picture (2)
Apa yang aku kongsikan disini adalah gambar before & after. Agak-agak bila dah puas hati, export ke Photoshop CS untuk sesi post process berikutnya

PHOTOSHOP CS
Oke, tolong baca betul-betul dan jangan jadi pelajar di kelas belakang dimana cikgu akan suap semua jawapan. Jangan bengap dan malas, kena rajin na. Sorry la kalau aku jujur sangat.

New Picture (3)
Setelah export, aku suka Fit View To Screen supaya nampak besar dan jelas. Di photoshop aku akan retouch muka, naikkan detail, dodge&burn sebelum aku naikkan warnanya

New Picture (4)
Jangan lupa untuk duplicate layer untuk buang hitam dibawah mata, parut lama serta jerawat. Kalau rajin lagi boleh naikkan sedikit highlight  dan contrast. Kalau lagi rajin, dodge and burn di bahagian yang sepatutnya, jangan lupa untuk putihkan gigi dan mata serta naikkan detail mata supaya lebih menarik. Akhir sekali dalam proses ni korang boleh soften skin dengan gunakan Imagenomic Portraiture atau NikSoftware atau kalau rajin lagi, High End Retouch. Macam aku cakap awal-awal tadi, jangan bengap dan malas, gunakan youtube untuk dapatkan semua ni oke?

New Picture (5)
Setelah selesai retouching, jangan lupa untuk apply image sebelum kita naikkan warnanya. Yang sebenarnya aku belajar teknik ni dari Youtube dengan panduan dari Sifu aku, Cikgu Dollah. Tapi ada sedikit sahaja perbezaan dan aku akan bagi tahu jap lagi.

New Picture (6)
Langkah 1 - tukar mode dari RGB ke Lab Colour. Click Image - Mode - Lab Colour

New Picture (7)
Bila keluar soalan macam ni korang pilih OK atau Dont Flatten

New Picture (8)
Langkah 2 - Click Channels dan select a & b seperti dalam gambar atas ni

New Picture (9)
Langkah 3 - kemudian click Image - Adjustments - Brightnes & contrast

New Picture (10)
Disini korang hanya perlu naikan peratus contrast hingga 50% sahaja. Dalam youtube suruh naik sampai 100 dan aku rasa gila sangat. Untuk pengetahuan korang, ini antara cara terbaik untuk naikkan saturation tanpa pecahkan warna.

New Picture (11)
Langkah 4 - tukarkan semula Mode dari Lab Colour ke RGB. Sila ikut gambar yek, Image - Mode - RGB. korang akan perasan bahawa gambar korang akan Saturated. Kalau untuk still objek, lanscape,etc etc sangat sesuai, tetapi untuk portrait manusia, Skintone dia akan jadi Merah. Korang ada dua option iaitu samada korang create adjustment layer dan brush balik skinton kepada sebelum Lab Colour atau korang ikut cara aku dimana blending dia lebih kemas. Ha ah, ini rahsia aku selama ni dan ha ah, aku belajar ni dari youtube dan blog.

SKINTONE - Ikut langkah ni na
New Picture (12)
Langkah 1 - click pada channels kemudian tekan dan hold Control dan click pada red

New Picture (13)
Langkah 2 - click pada layers dan click pada adjustment layers. Secara automatik Photoshop akan automasking skintone korang

New Picture (14)
Langkah 3 - Click CONTROL+I untuk invert dan dapatkan skintone yang kita mahu

New Picture (15)
Langkah 4 - Gunakan brush putih dan brus di sekeliling gambar pada opacity 100. Brush semua kecuali pada Skintone. 

RAW - LIGHTROOM - PHOTOSHOP
_DSC4647raw
RAW

_DSC4647before
After Lightroom

_DSC4647
After Photoshop CS

_DSC4647edited
Kalau rajin, post process ikut citarasa tersendiri


Haaaa kan dapat macam aku hehehe. kena banyak mencuba untuk biasakan diri. Tetapi, pilihan tone ini adalah sangat subjektif, ada yang suka dan ada yang tak suka, TEPUK DADA TANYA SELERA. Entry Kalini memang khas kepada mereka yang suka tone aku. Kepada HATERS yang baca entry kali ni, aku tau korang dok skodeng aku hehehe.
Kalau korang dah cuba dan menjadi, tag la aku, haram hangpa tak penah tag aku pun lepas ikut tutorial aku huhuhuhu. Nak share pun bole tadak masalah hehehe, Sangat menghargainya. Thanks korang, Assalammualaikum dan salam sejahtera :)










No comments:

Post a Comment