Monday, October 10, 2016

Intan Marlyna - tips untuk model media sosial

Assalammualaikum dan salam sejahtera, korang sihat ka? Aku ni dok stress sebab komputer dekat rumah kena ransomware, naharey betoi. Tekanan aku dibuatnya. Biasanya kalau aku stress, aku akan banyk shoot dan kerap upload gambar yang heavily edited. Tennis, Photography dan Photoshop adalah aktiviti yang aku suka buat untuk kurangkan stress. Rasanya korang pun ada jugak kan? Hangpa melancap pa untuk kurangkan stress? hahahahahah!!! Pun satu cara jugak tu hehe...anyway...

_DSC4741
Kenalkan, ini Intan Marlyna. Kalau korang nak tau, Intan ni adalah model pertama aku shoot bersama dengan Cikgu Dollah(sifu aku). Cikgu Dollah kenal dia di Restoran Secret Recipe dan ajak dia shoot. Cikgu Dollah siap bagi tips dekat aku macamana nak tekel model hahahaha!!! Jadinya, secara tak langsung aku terhutang budi dengan dia.

_DSC4978
Korang mesti tertanya-tanya kenapa aku tak shoot dia sebelum ni. Kenapa aku tak ketengahkan dia sebelum ni. Ini jawapannya, masa aku mula-mula shoot Intan, dia berumur 14tahun. Aku memang tak shoot model yang masih bersekolah kerana aku nak depa ni fokus kepada pelajaran. Tapi, terlepas jugak sorang-dua. Mana aku nak tau depa tu masih sekolah, besaq baqhang hahaha. Aku secara peribadi cakap dekat Intan bahawa aku akan shoot dia selepas SPM. Tapi lepas SPM dia pulak sibuk dengan modelling dia dengan orang lain. Kebetulan waktu tu sekitar 2012-2015 aku menyepi bawak diri dan memanglah aku tak shoot dia.

_DSC4802
Elok dia habis Diploma baru aku shoot dia. Lagipun dia sendiri lama tak shoot sebab fokus pada study. Itu yang aku mau, model yang lawa with brain. Serabut jugak weh dengan model BIMBO dan tak cerdik. Model-model ni la yang selalu kena kencing dengan pervert yang ada DSLR. Terus aku terfikir pasal entry baru.

_DSC4798t
Kepada model-model comel-comel yang dok baca entry ni, sila hati-hati na. memang ada photographer yang :
1. guna DSLR untuk dekat dengan perempuan cantik,
2. guna DSLR untuk keluar dengan perempuan cantik,
3. guna DSLR untuk puaskan nafsu sex dia,
4. guna DSLR dan perempuan cantik untuk kepentingan diri dia
5. guna DSLR dan perempuan cantik untuk dia dapat duit bagi diri dia dengan jual korang samada kecantikan korang atau badan korang,
6. tipu model shoot casual tetapi shoot bogel semasa sesi(aku pun shoot sexy bogel bagai, tapi aku cakap sebelum shoot dan dipersetujui model),
7. tipu model shoot tetapi nak ajak doggy,
8. tipu model untuk shoot di studio tetapi nak doggy dekat studio,
9. tipu model shoot comcard tetapi model kena bayar,
10. tipu model shoot dengan berkata shoot bogel tu adalah shoot profile dan paling aku menyampah sekali
11. cakap dekat model yang dia akan bagi model tu terkenal lepas shoot dengan dia.

_DSC4888
Memang ada photographer macam tu dan korang(model) kena hati-hati lah. Senang ja nak kenal photographer-photographer ni. Kena berani bertanya kepada rakan-rakan model apakah review mereka terhadap photographer yang ajak korang shoot. Jangan tanya photographer, sebabnya photographer sesama photographer biasanya akan dengki hahahaha! Tanya kawan model korang samada photographer yang ajak korang shoot tu oke ke tak. Andaikata kawan korang kata takpayah, jangan pi. Takut korang kena doggy. Tapi kalau korang suka doggy, go ahead tadak sapa tahan hahaha!

_DSC4803
Yang pasti macam ni, semuanya akan kembali kepada "tepuk dada tanya sendiri". Apakah focus point korang sebagai model? Adakah sebab nak shoot untuk partime atau nak enjoy atau nak jual badan dengan kangkang. Apa-apa saja pilihan korang, tadak sapa halang melainkan diri sendiri. Pilihan tu ada, korang kena pilih.

Entry kalini memang aku tujukan khas kepada model-model(perempuan) media sosial yang baru nak up supaya berhati-hati. Lagi satu, aku bukannya baik sangat, ORANG KATA aku ni gatal, suka pegang-pegang model, suka raba-raba model, kiss model tak tentu pasal, suka ajak model check in romen-romen. Bole ja kalau nak jauhkan diri dengan aku hahaha :)


Thursday, September 29, 2016

emann's colour - hangpa mesti suka kan?

Weh!!! lama gila aku tak update blog. hangpa mesti rindu aku kan? hahahahahah!!! iyolah korang tu. Jadi harini denga bahasa tunggang-langgang aku, aku nka kongsi bagaimana aku dapat warna dan skintone yang korang selalu tertanya2. tapi sebelum tu hehehe....

_DSC4669
Lawa kan?

_DSC4657
aku memang suka colour punch macam ni

_DSC4704
Memang mata aku suka macam ni

_DSC4680
Aku memang suka high contrast portrait

_DSC4680bw
High contrast macam ni kalau buat black and white memang enak weh

_DSC4753
Aku memang banyak terpengaruh dengan Widjita Raya Mulyadi dan Manny Librodo. Sebab tu warna portrait aku macam ni

_DSC4727
Ada hari aku akan terlebih rajin aku akan luang lebih masa untuk hasilkan gambar macam ni

_DSC4628
Rasanya warna macam ni dah memang signature aku sejak emann alpha lagi

_DSC4645
Aku tak minta banyak, cuma pengkongsian aku kalini dihargai :)

LIGHTROOM
Oke, kita akan mulakan dari lightroom. Aku ni suka guna lightroom sebab aku banyak shoot RAW.  Pada aku Adobe Photoshop Lightroom adalah medium terbaik buat aku untuk proses RAW. Ready?

New Picture
Pertama sekali aku akan adjust WB untuk dapatkan true tone ikut sedap mata aku. Kemudian aku akan naikkan sedikit exposure dan aku akan sokong exposure aku dengan curve. Aku sengaja naikkan shadow untuk tunjukkan detail dalam bayang, biasanya aku akan naikkan antara 25 - 50. Untuk gambar ni aku tak naikkan clarity yang tinggi tetapi untuk vibrance aku naikkan sehingga 50

New Picture (1)
Sejak kebelakangan ni aku memang suka gunakan Lens Profile supaya LIGHTROOM dapat betulkan exposure serta distortion pada gambar. Setting sharpening aku adalah seperti dalam gambar rajah. Untuk kurangkan noise, korang tiru ja setting aku. Tak kira korang shoot pada iso1600 pun, insyaallah dia akan kurang atau tak ada. 

New Picture (2)
Apa yang aku kongsikan disini adalah gambar before & after. Agak-agak bila dah puas hati, export ke Photoshop CS untuk sesi post process berikutnya

PHOTOSHOP CS
Oke, tolong baca betul-betul dan jangan jadi pelajar di kelas belakang dimana cikgu akan suap semua jawapan. Jangan bengap dan malas, kena rajin na. Sorry la kalau aku jujur sangat.

New Picture (3)
Setelah export, aku suka Fit View To Screen supaya nampak besar dan jelas. Di photoshop aku akan retouch muka, naikkan detail, dodge&burn sebelum aku naikkan warnanya

New Picture (4)
Jangan lupa untuk duplicate layer untuk buang hitam dibawah mata, parut lama serta jerawat. Kalau rajin lagi boleh naikkan sedikit highlight  dan contrast. Kalau lagi rajin, dodge and burn di bahagian yang sepatutnya, jangan lupa untuk putihkan gigi dan mata serta naikkan detail mata supaya lebih menarik. Akhir sekali dalam proses ni korang boleh soften skin dengan gunakan Imagenomic Portraiture atau NikSoftware atau kalau rajin lagi, High End Retouch. Macam aku cakap awal-awal tadi, jangan bengap dan malas, gunakan youtube untuk dapatkan semua ni oke?

New Picture (5)
Setelah selesai retouching, jangan lupa untuk apply image sebelum kita naikkan warnanya. Yang sebenarnya aku belajar teknik ni dari Youtube dengan panduan dari Sifu aku, Cikgu Dollah. Tapi ada sedikit sahaja perbezaan dan aku akan bagi tahu jap lagi.

New Picture (6)
Langkah 1 - tukar mode dari RGB ke Lab Colour. Click Image - Mode - Lab Colour

New Picture (7)
Bila keluar soalan macam ni korang pilih OK atau Dont Flatten

New Picture (8)
Langkah 2 - Click Channels dan select a & b seperti dalam gambar atas ni

New Picture (9)
Langkah 3 - kemudian click Image - Adjustments - Brightnes & contrast

New Picture (10)
Disini korang hanya perlu naikan peratus contrast hingga 50% sahaja. Dalam youtube suruh naik sampai 100 dan aku rasa gila sangat. Untuk pengetahuan korang, ini antara cara terbaik untuk naikkan saturation tanpa pecahkan warna.

New Picture (11)
Langkah 4 - tukarkan semula Mode dari Lab Colour ke RGB. Sila ikut gambar yek, Image - Mode - RGB. korang akan perasan bahawa gambar korang akan Saturated. Kalau untuk still objek, lanscape,etc etc sangat sesuai, tetapi untuk portrait manusia, Skintone dia akan jadi Merah. Korang ada dua option iaitu samada korang create adjustment layer dan brush balik skinton kepada sebelum Lab Colour atau korang ikut cara aku dimana blending dia lebih kemas. Ha ah, ini rahsia aku selama ni dan ha ah, aku belajar ni dari youtube dan blog.

SKINTONE - Ikut langkah ni na
New Picture (12)
Langkah 1 - click pada channels kemudian tekan dan hold Control dan click pada red

New Picture (13)
Langkah 2 - click pada layers dan click pada adjustment layers. Secara automatik Photoshop akan automasking skintone korang

New Picture (14)
Langkah 3 - Click CONTROL+I untuk invert dan dapatkan skintone yang kita mahu

New Picture (15)
Langkah 4 - Gunakan brush putih dan brus di sekeliling gambar pada opacity 100. Brush semua kecuali pada Skintone. 

RAW - LIGHTROOM - PHOTOSHOP
_DSC4647raw
RAW

_DSC4647before
After Lightroom

_DSC4647
After Photoshop CS

_DSC4647edited
Kalau rajin, post process ikut citarasa tersendiri


Haaaa kan dapat macam aku hehehe. kena banyak mencuba untuk biasakan diri. Tetapi, pilihan tone ini adalah sangat subjektif, ada yang suka dan ada yang tak suka, TEPUK DADA TANYA SELERA. Entry Kalini memang khas kepada mereka yang suka tone aku. Kepada HATERS yang baca entry kali ni, aku tau korang dok skodeng aku hehehe.
Kalau korang dah cuba dan menjadi, tag la aku, haram hangpa tak penah tag aku pun lepas ikut tutorial aku huhuhuhu. Nak share pun bole tadak masalah hehehe, Sangat menghargainya. Thanks korang, Assalammualaikum dan salam sejahtera :)










Thursday, October 8, 2015

Fina Anastasya - 10 Tips emann alpha

_DSC5176
1. MODEL SCOUTING
Oke aku tau korang ada yang gila shoot model dan ada yang lebih rajin lagi adalah dia suka cari model baru, tips dari aku adalah korang kene tgk album diorang dalam fb. 


JANGAN tgk album photoshoot dulu tapi tgk album profile diorang atau mobile upload diorang dan tengok selfe. Sebabnya diorang ni tau angle mana yang diorang cantik dan sebab tu la diorang shoot selfie angle tu. Dari situ korang apply la angle yang sama.

Oh ya, sebelum aku lupa, lepas tgk album selfie diorang tu baru korang tengok album photoshoot diorang dan tgk apa kemampuan diorang dan juga dengan siapa diorang dah shoot.

_DSC5182
2. BENCHMARK (PENANDA ARAS)
Set satu benchmark atau tanda aras macam sapa korang nak jadi. Sebagai contoh aku sangat suka hasil kerja Widjita dan Librodo, jadi apa aku buat adalah usahakan diri aku untuk hasilkan seni seperti mereka. Walaupun tak sama, dekat-dekat pun da oke kan? hehe.

_DSC5222
3. RANCANG PHOTOSHOOT
Rancang la photoshoot hangpa, plan nak shoot tema apa, dengan siapa dan dimana. Cari contoh atau konsep art dan kongsi dengan model. Lepas tu set berapa keping gambar power korang nak hasilkan dari sesi tu. Jangan la pulak satu angle sampai 27 keping gambar, cuba satu angle untuk satu gambar power. Apa guna buat refference tapi tak guna? Macam aku, minimum 6keping artwork dan maksimum 10keping ja. Hangpa tak buang masa dengan model shoot dari pagi sampai malam tapi sekeping pun tak jadi, dah la hangpa sep nak bayaq model. Ingat, model tu orang jugak oke, depa tau rasa penat. Jadi, rancang photoshoot oke dan ini adalah salah satu sebab aku dapat shoot model yang sama berulang kali sebab sesi aku pendek dan gambar mantap.

_DSC5203
4. JANGAN TAK UPLOAD LANGSUNG
Aku tau korang ni gila trigger, sekali outing gambar lagi sekeping dua nak sampai 1000. Jadi, bila nak upload JANGAN upload semua 1000 keping sebabnya orang takkan tgk dan menghayati hasil kerja korang. Upload sehari sekeping dan maksimum 2 keping sehari. Nak lagi best selang sehari baru upload sekeping. Bagi viewers berdarah hidung bila tgk gambar. Aku ada sesi yang dua tahun lepas pun tak habis upload lagi. Oh ya, JANGAN tak upload langsung sebabnya nanti model akan hilang kepercayaan dekat korang. Memang komfem model tu takmau shoot dengan korang la lepas ni kalau tak upload langsung.

_DSC5187
5. MOTIVATE MODEL
Semasa sesi photoshoot, aku suka tunjuk hasil shoot aku on the spot kalau aku dapat yang elok supaya model tu lebih bersemangat dalam next shots kita. Ada masanya aku akan tunjuk sebab aku tak dapat apa yang aku nak supaya model tu boleh memperbaiki pose dia. Secara tak langsung ia akan motivate model tu. Sebab dengan berbuat demikian, model akan yakin dengan kita.

_DSC5151
6. UPLOAD GAMBAR YANG TERBAIK DAHULU
Selepas sesuatu outing portrait, upload gambar yang paling power sekali dalam sesi tu dan secara otomatik gambar berikutnya akan nampak power. Sikap 'Save The Best For Last' akan membuatkan orang kata,
'Haaaa! ada pun yang elok, ingatkan tak reti tangkap gambar.'
Mulut orang memang macam tu.

_DSC5195
7. KESEDARARN DIRI
Kesedaran diri tu penting. Aku ada kesedaran diri hang gambar aku biasa saja dan sapa-sapa saja bole buat jadi aku tak suka kalau model yg aku nak shoot tu berbelanja untuk shoot dgn aku. Aku akan suruh pakai ja yang mana ada. Andaikata kalau dia nak pi buat rambut, aku akan bayar untuk tu. Biasanya aku akan cover kos perjalanan dan pakaian yang dipakai(kalau dia xde baju yg aku nk shoot) dan satu lagi, andaikata sesi aku ada 4photographer ke atas, kami akan collect dan bayar model untuk sesi tu sebab melayan kepala merapek kami. Sekarang ni kalau dua photog pun kami bayar walaupun dalam deal dgn model aku tak mention pun nak byr diorang. Ini adalah salah satu sebab kenapa aku boleh shoot model yang sama berulang kali. INGAT, kesedaran diri tu penting

_DSC5238
8. BELAJAR EDITING (sekurang-kurangnya asas)
Belajar la sedikit editing, sekurang-kurangnya buang jerawat dan parut. Korang kena tau yang korang shoot ni perempuan, dan perempuan nak nampak cantik. Sebab tu la kalau korang shoot satu model ni dan terus upload gambar tanpa retouch, dia takmau shoot dengan korang dah lepas tu. Macam-macam alasan dia bagi nanti. 
Kot ye pun tak reti edit jangan la pulak mengutuk orang yang suka edit dengan alasan,

'Itu bukan fotografi tapi photoshopgraphy'. 

Yang sebenarnya korang cemburu kan? hehehehe Dah tak reti edit sangat belajar la komposisi gambar, faham fungsi kamera seperti Aperture, iso dan paling penting sekali adalah White Balance. Ini tidak, dah la bengap tak reti edit, komposisi pun cam haram tambah pulak White Balance hancur. Habes skintone warna magenta, hijau, kuning, merah. Dah macam rakyat dalam cerita Dragonball da aku tengok.

_DSC5213
9. HAVE FUN
Rasanya yang pernah outing dengan aku akan faham apa maksud aku. Biasanya aku akan merepek sewaktu shoot supaya model tu ceria semasa sesi shoot. Secara tak langsung mood model akan baik dan dia akan lebih bersemangat untuk pose dengan aku. Bagi diorang gelak, buatkan mood sedih, bagi diorang marah, ikut kesesuaian tema korang. 

_DSC5176indian summer + melody tone
10. HARGAI MODEL
Selalunya, kalau aku set model tu untuk shoot dengan aku dan kawan-kawan aku, aku tak pernah janji apa-apa pada model tu. Tapi dalam masa yang sama aku pakat dengan kawan-kawan aku untuk collect dalam RM20-RM30 untuk model tu dan lepas belanja makan atau minum atau diakhiri sesi tu kami akan bagi pada model sebagai tanda penghargaan kami sebab sudi shoot dengan kami. Seriously next time kalau ajak diorang takkan tolak kalau diorang free.


Sunday, June 21, 2015

emann's matte effect

Before After

Assalammualaikum dan salam satu Malaysia. Lame gile seyh aku tak share tutorial. kalini aku akan tulis secara tak formal. maknakata ikutdan aku, harap korang faham. Niat aku adalah aku nak sedekah ilmu aku sempena bulan Ramadhan ni. Matte effect ni aku dok explore dalam setahun macam tu. Aku belajar pun dari blog yang dikongsi oleh Rick Malambri, cuma blog tu tulis dalam bahasa omputih. Hatni aku tulis dalam bahasa aku. Jadi dari pengalaman aku, tak semua gambar boleh digunakan matte effect, hanya beberapa jenis sahaja yang pasti korang boleh try cuba sebab aku kongsi approach paling senang gila, easy peasy.

Seperti yang korang tahu kebanyakan gambar aku adalah high contrast, sebabnya itu citarasa aku dan aku suka macam tu. Aku tak kutuk taste korang jadi tak perlu kutuk taste aku. kalau kutuk pun I dont give a damn. Matte effect ni akan buatkan gambar korang nampak low contrast tapi dalam masa yang sama, detai pada gambar pun timbul terutama sekali yang berada dalam bayang. Korang boleh rujuk gambar diatas. Cara nak aplikasikan matte effect ni senang gila, tgk ni

Screen Shot 2015-06-22 at 12.30.42 PM
LANGKAH 1
Klik ja pada butang Adjustment layers yang ada dekat PS korang. Oh ya, PS berapa pun takpa oke

Screen Shot 2015-06-22 at 12.30.51 PM
LANGKAH 2
Pastu klik pada Curve. Aku dah bulat dah tu kot kot tak reti hat mana satu.

Screen Shot 2015-06-22 at 12.30.57 PM
LANGKAH 3
Korang klik pada Point Curve belah bawah tu pastu seret(I mean drag) ja naik atas ikut citarasa korang.

Screen Shot 2015-06-22 at 12.31.09 PM
LANGKAH AKHIR
Seret point curve tu ikut citarasa korang. Haa senang kan? hehehe

Cuba dan feel free to tag me hehehehe

Oh ya, kepada heters, stalkers yang baca ni, aku tau hangpa dok ushar bolog aku. Ada orang keliling hangpa bagi tau. Siap ada yang buat shortcut siap-siap blog aku pun ada. Reti-retila mengaku salah dan minta maaf ya, aku bukannya akan hidup selamanya :)

Assalammualaikun dan salam sejahtera