Sunday, June 21, 2015

emann's matte effect

Before After

Assalammualaikum dan salam satu Malaysia. Lame gile seyh aku tak share tutorial. kalini aku akan tulis secara tak formal. maknakata ikutdan aku, harap korang faham. Niat aku adalah aku nak sedekah ilmu aku sempena bulan Ramadhan ni. Matte effect ni aku dok explore dalam setahun macam tu. Aku belajar pun dari blog yang dikongsi oleh Rick Malambri, cuma blog tu tulis dalam bahasa omputih. Hatni aku tulis dalam bahasa aku. Jadi dari pengalaman aku, tak semua gambar boleh digunakan matte effect, hanya beberapa jenis sahaja yang pasti korang boleh try cuba sebab aku kongsi approach paling senang gila, easy peasy.

Seperti yang korang tahu kebanyakan gambar aku adalah high contrast, sebabnya itu citarasa aku dan aku suka macam tu. Aku tak kutuk taste korang jadi tak perlu kutuk taste aku. kalau kutuk pun I dont give a damn. Matte effect ni akan buatkan gambar korang nampak low contrast tapi dalam masa yang sama, detai pada gambar pun timbul terutama sekali yang berada dalam bayang. Korang boleh rujuk gambar diatas. Cara nak aplikasikan matte effect ni senang gila, tgk ni

Screen Shot 2015-06-22 at 12.30.42 PM
LANGKAH 1
Klik ja pada butang Adjustment layers yang ada dekat PS korang. Oh ya, PS berapa pun takpa oke

Screen Shot 2015-06-22 at 12.30.51 PM
LANGKAH 2
Pastu klik pada Curve. Aku dah bulat dah tu kot kot tak reti hat mana satu.

Screen Shot 2015-06-22 at 12.30.57 PM
LANGKAH 3
Korang klik pada Point Curve belah bawah tu pastu seret(I mean drag) ja naik atas ikut citarasa korang.

Screen Shot 2015-06-22 at 12.31.09 PM
LANGKAH AKHIR
Seret point curve tu ikut citarasa korang. Haa senang kan? hehehe

Cuba dan feel free to tag me hehehehe

Oh ya, kepada heters, stalkers yang baca ni, aku tau hangpa dok ushar bolog aku. Ada orang keliling hangpa bagi tau. Siap ada yang buat shortcut siap-siap blog aku pun ada. Reti-retila mengaku salah dan minta maaf ya, aku bukannya akan hidup selamanya :)

Assalammualaikun dan salam sejahtera

No comments:

Post a Comment