Assalammualaikum dan selamat sejahtera serta salam 1Malaysia. Kenalkan ini Bib Mansor. Aku tak tak apa nama betul dia tapi dalam facebook nama dia Bib Mansor(ekceli aku tau hik hik hik :P) Dia ni bukan model tapi kawan rapat aku di media sosial. Aku nak shoot dia sebab aku suka gambar-gambar selfie dia. jadi kalau perasan banyak gambar dalam ni semuanya headshots dan close up.
Kekuatan yang ketara ada pada Bib Mansor adalah sikap atau attitude yang menaikkan lagi emosi pada gambar. Bib pandai bermain dengan emosi jadi mesej yang nak disampaikan itu berjaya. Selain dia boleh tunjukkan kecantikannya, Bib juga pandai untuk menunjikkan emosi manja, gedik, gatai, marah, merajuk dan poyo. Kalau korang nak tau, sesi kami kalini sangat santai. Sambil shoot sambil merepek.
Yang pasti sebelum sesi kami, kami berdua banyak berbincang tentang approach yang akan digunakan. Kebetulan Bib sukakan karakter Yuhanis dalam drama Hati Perempuan jadi kami membuat keputusan untuk cuba dengan karakter itu.
Aku suka sesi kalini sebabnya kami berdua berjaya menghasilkan karya yang manis untuk tantapan semua.
Approach yang aku guna untuk kali ini tersangatlah asas. Sepanjang sesi aku cuma gunakan Body Sony Alpha a850 dengan Sigma 50mm f1.4 DG HSM dengan bantuan reflector(terima kasih enche Sayuthi). Kalau nak tau juga sepanjang sesi aku bukak penuh f1.4. Kenapa? Ia kerana sememangnya citarasa aku. Aku suka long focal dan big aperture dalam shoot portrait.
Seperti yang aku cakap sebelum ini, lens 50mm is a must have lens kepada semua penggemar portraiture. Jangan sesekali pandang rendah pada lens ini. Apa yang penting adalah banyakkan membuat kaji selidik serta banyakkan eksperimen. Cuba bermain dengan depth dan uji kemampuan lens ini. Aku tau korang boleh buat baik lagi dari aku dan aku tak sabar nak tunggu korang tag aku di fb.
Yang menjadi dilema pada aku sekarang adalah approach terbaru aku. Sejak kebelakangan ini aku suka bermain dengan matte effect sedangkan pada dasarnya aku suka high contrast. Jikalau letak sebelah-sebelah aku jadi rambang mata untuk pilih mana satu. Disini juga aku berkongsi gambar-gambar yang sama tetapi digunakan Matte effect approach
Tepuka dada tanya selera. Happy shooting korang
No comments:
Post a Comment