Thursday, September 11, 2014

Erien Zakriey - Perancangan Awal Tu Penting


Rasanya lama gila aku tak update blog aku, maaf ya sebabnya aku sibuk dengan kerja peribadi dan kerja utama aku. Sekarang baru nak update dua tiga benda hahaha!


Untuk kali ni aku nak kongsi pengalaman aku dalam shoot model. Rasanya ramai yang ikut blog aku ni sebab berminat dengan portrait dan tips editing yang aku bagi. Sampaikan yang aku dah block pun masih save link dekat chrome(tu aku tak faham, tak suka aku tapi dok guna tips yang aku dok bagi - you know who you are). By the way, kalini aku gunakan pendekatan yang berbeza dari biasa aku shoot. Kebiasaannya aku akan shoot guna cahaya sedia ada tapi kalini aku gunakan offbody flash dengan bantuan trigger PixelKing yang ada kemampuan untuk HSS. Aku memang rekemen brand ni sebabnya ia berganda murah dari PocketWizard. Tapi pada pengguna Canon, boleh beli YongNuo sebabnya dia tiru sebijik-sebijik design PixelKing. Nikon? CLS la, p belajar guna CLS oke?


Apa yang bagusnya guna Trigger HSS ni adalah ia dapat bantu kita untuk terangkan subjek pada kelajuan shutter yang tinggi. Kebiasaanya kalau kita guna pop up flash link dengan flash kita maksimum kelajuan bole pi sehingga 1/200s atau 1/250s. Limitasi ini membuatkan kita tak boleh guna aperture yang besar bila nak shoot outdoor dengan bantuan flash. Tetapi, dengan Trigger HSS ni kita mampu berbuat demikian. Efeknya kita akan dapat gambar dengan jelas walaupun cahaya matahari dibelakang kuat. Dengan pendekatan yang sama, kita dapat seimbangkan latar dengan subjek. Jujur dari aku, dalam pengetahuan aku, aku hanya tahu dua sebab tu sahaja dan aku percaya banyak lagi sebab kenapa photographer gunakan bantuan flash dalam photoshoot outdoor mereka.


Sesi kali ni aku ambil masa dua minggu ulangkaji sebelum sesi sebenar. Pendekatan yang aku guna adalah hampir sama dengan pendekatan Emily Soto. Rasanya semua orang kenal siapa itu Emily Soto. Aku ulangkaji gambar-gambar yang dikongsinya serta video belakang takbir sesi photographynya. Kemudian aku cuba dalam sesi aku dengan Erien baru-baru ni. Hasilnya tidak mengecewakan dan aku berpuas hati dengan keseluruhan sesi tu.


Dalam masa yang sama, aku memang ada Photoshop Actions Emily Soto. Pada awalnya aku tak faham kerana langkahnya agak rumit. setelah hampir 10bulan baru aku faham penggunaannya. Aku mengambil masa yang lama sebabnya aku tak mampu nak pi kelas dia masa dia sampai ke Malaysia tahun lepas. Rasanya kalau aku masuk kelas Emily Soto sudah tentu aku tak ambil masa yang lama.


Model kalini adalah Erien Zakriey yang berasal dari Bagan, Pulau Pinang. Walaupun masih muda tapi dia agak berbakat. Kebiasaannya aku tak shoot budak sekolah menengah melainkan kalau aku ada niat untuk menganjing orang. Sekali-sekala aku akan buat macam tu untuk sampaikan mesej kepada mereka yang tak senang dengan aku. Nasib mereka baik yang aku sekarang tak macam aku yang dulu. Aku malas nak bising dan tak seperti sebelum ni.


Sesi kalini mungkin sesi terakhir aku dengan dia sebab aku nak dia tumpukan perhatian dalam pelajaran. Itu lebih baik kan?

Kesimpulannya, adalah lebih baik kita rancang dahulu sebelum kita mulakan sesi photoshoot untuk mendapatkan hasil yang membanggakan kita. Tak rugi aih :)

2 comments: