Masuk ni da lime kali da aku tulis pasal aku dengan lens 50mm. Pada aku, andaikata kalau hg suke shoot portrait, lens ni hg memang kena ada tak kira f1.2, f1.4, f1.7, f1.8. semuanya ada kelebihan masing-masing.
Dalam siri kalini aku shoot gune Sony Alpha a77 dengan Sony 50mm f1.4. Outing ni Azizi Azra yang arrange dengan model ni di Putrajaya. Aku sengaja guna body APSC dengan 50mm sebab nak cari bahan untuk blog aku ni.
Kesemua shot dalam outing kalini aku bukak aperture maksimum iaitu f1.4, Ramai yang kata kalau bukak full nanti gambar soft, jadi lain kali kalau ada orang kata macam tu hgpa tunjuk ja gambar aku dan kita tgk apa alasan dia. Ada banyak faktor untuk hasilkan imej yang tajam apabila kita buka aperture besar.
Untuk dapatkan imej yang sharp apabila buka aperture besar pastikan korang semak adakah tindakan dibawah korang buat:
1. Pilihan Metering(Center weight/ Spot/ Wide) bersesuaian dengan keadaan sekeliling.
2. Pastikan titik fokus jatuh pada mata yang paling dekat dengan lens kita
3. *Pastikan Shutter speed lebih tinggi dari Focal Length.
4. Ni yang paling penting, jarak antara korang dengan subjek tu kena bersesuaian dan jangan percaya pada screen Display camera kita.
5. *Elakkan tabiat 'Lock Focus' kemudian 'Compo'
6. Andaikata ingin menggunakan filter UV, pastikan ianya yang bagus dan berjenama.
*PM aku di FB kalau tak faham
Nampak macam banyak kan? haaaa tu la benda-benda yang aku akan pastikan sebelum aku shoot. sekiranya hgpa ada tips yang lebih baik, kongsi-kongsi la jangan sep.
Model yang aku shoot kali ni namanya ialah Jasmine. Berasal dari Kuala Lumpur dan kerja pun di sana. Pada aku Jasmine ni sangat berbakat dan aku tak kisah untuk bayar dia dimasa akan datang kerana berbaloi. Posing dia semulajadi dan dia pandai kenakan ekspresi muka dengan gaya yang dibuat. Rasanya dimasa akan datang aku akan shoot dia lagi, samada indoor ataupun outdoor. Jadi kalau korang teringin nak shoot dia korang bole PM dia terus di FB. Offer la sedikit payment, mane ade bende free dalam dunie ni bai hahaha
Editing aku kalini memang simple sangat, aku masih lagi gunakan tips-tips yang aku kongsi dekat korang sebelum ni. Harap korang ingat dan hargainya. Sebabnya lepas ni aku dah tak buat class editing dah(personal reason)
So untuk mudahkan korang belajar korang boleh tengok demo editing aku dekat youtube
Yang pasti, jangan malas-malas kena rajin-rajin. Yang ada 50mm tapi nak jual, lebih baik fikir lagi sekali yek, Selamat Tahun Baru :)
Thanks for the tutorial video...X sabor nk explore PS....Nnt hasilnya ambo upload dlm facebook...
ReplyDelete