(Eyda Sequins on wedding dress)
Seperti yang korang tahu, aku ni banyak shoot portrait berbokeh-bokeh. Ada masanya sikit dan ada masanya banyak. Level creamy bokeh tu bergantung kepada perancangan aku sebelum shoot. Aku memang suka kalau subjek lebih menonjol dari background dan bokeh tu dijadikan frame gambar tersebut
(Eyda Sequins feeling confident)
Pada fahaman aku, bokeh ni ada dua jenis, iaitu bokeh yang di hasilkan oleh aperture dan jugak bokeh focal length. Bokeh Aperture adalah bokeh yang disukai ramai, sebabnya dengan bukaan aperture yang betul, bokeh yang terhasil agak unik. ada yang berbentuk bulat-bulat dan ada yang berbentuk oktagon. Ada sesetengah lens boleh hasilkan unusual bokeh seperti putaran dan juga berbentuk donut. Bokeh yang dihasilkan oleh focal length pula adalah bokeh yang creamy dan juga sekiranya korang ni creative, shoot pada angle yang menarik, korang akan dapati subjek lebih pop up dari biasa takpun nampak seolah2 macam 3d
(Eyda Sequins looking for love)
Terus terang cakap la, kebanyakan talent memang suka gambar berbokeh ni kerana mereka lebih menonjol dari background. Jadi untuk kali ni aku nak kongsi dengan korang pasal bokeh long focal. Kali ni aku shoot dengan different approach terhadap lens aku.
(Syarifah Amirah in action)
Pada kebiasaan shots aku, bokeh yang dihasilkan sangat creamy. Creamy sampai tak nampak apa-apa. boleh je nak buat shots macam tu. ia lebih kepada tepuk dada tanya selera.
(creamy kan?)
Tapi kali ni aku nak shoot portrait berbokeh tapi bokeh tu masih nampak detail dia. yang sebenarnya ada dua cara untuk buat macam ni, cara yang pertama adalah kita kecilkan aperture kita. Dengan ini, detail background akan nampak lebih jelas. Rekomenden aperture antara f4 - f6.3. Kalau korang nak tau, aku banyak shoot portrait guna lens Minolta 200mm f2.8 prime lens. Jadi aku nak guna aperture yang besar dalam photoshoot aku. Apa yang aku buat adalah aku dapat kan satu jarak yang sesuai bergantung pada view finder aku.
(agak-agak korang aku dok berapa jauh?)
Pada kebiasaannya aku akan lock titik focusing kemudian frame. Dengan berbuat macam tu gambar aku akan lebih tight, subjek dan background akan terpisah. Tapi kali ni aku dengan sengaja undur kebelakang lagi sehingga titik fokus aku kena tepat + framing aku cun. Dengan berbuat demikian gambar yang dihasilkan agak unik. Dia ada tiga layer, depth depan dan belakang kemudian hanya subjek yang sharp.
(Missz Crayon berangan)
Agak menarik kan bila dapat hasilkan gambar macam ni? hehehehehe, jenis shot macam ni, pemilihan lens juga perlu. Kalau jenis prime ikut kemampuan kita, boleh ja kalau nak guna 85mm f1.8 gambar sure best. tapi kalau berkemampuan boleh ja dapatkan lens 135mm(f1.8, f2.0, f2.8) 70-200mm f2.8 ataupun prime lens 200mm f2.8 kalau da kaya sangat beli ja 200mm f2 hahahahaha! ataupun boleh guna zoom lens yang sedia ada seperti 55-200mm, 55-300mm, 70-300mm, 75-300mm. asalkan korang zoom sampai habes, bekorban duduk jauh sikit then shoot. kalau kene dengan angle dia, gambar korang sure superb.
(different style processing, add punch to the colour)
Oh ya, sebelum aku terlupa, pastikan jarak subjek dengan background sekurangnya 5m atau 10m. kalau lagu jauh lagi banyak blur dia. Seperti gambar dibawah, background dia dekat sahaja, Jadi walaupun aku shoot buka f2.8, detail masih lagi kelihatan
(bad angle and bad framing)
(sekali sekala share gambar yang tak di edit untuk korang)
Sememangnya idea untuk shoot macam ni bukannya original dari aku, aku cuma apply apa yang aku dapat dari memahami exiff data gambar-gambar idola aku. Di peringkat awal, aku banyak study gambar2 Widjita. Pada aku, dia seorang sahaja yang shoot cara sebegini. Tetapi setelah aku masuk kedalam dunia dia, aku dapati kebanyakan photographer Indonesia shoot sebegitu dan ada yang lebih dahsyat lagi. Alhamdulillah berkat tunjuk ajar mereka2 ni lah yang banyak membantu aku. Walaupun tak pernah berjumpa tapi kami saling berhubung di Laman sosial sedia ada.
Aku harap entry kali ni dapat beri idea pada korang macam mana aku shoot portrait aku. tp kalau dapat tutorial sure best kan? hehehe, Have fun and enjoy your outing
NICE BRO...KEEP IT UP...
ReplyDeletepergh....kacak la pic, nie
ReplyDeleteinfo sikit bro pakai lens apa nie. wa baru nak blaja nie
owh ok2 minolta eh....terlepas pandang tadi. tq bro for sharing. (gambar lu kacak dah mcm otai2 lama)
ReplyDeleteBerkarya...hahaha...Anyway.... Terbaik....
ReplyDeleteNice...dah semakin mercik...hehehehe...keep it up..
ReplyDeletelawa
ReplyDeletetenks bro bg tips..sgt membntu
ReplyDeletebest tq emman bg tips yg bagus
ReplyDeleteHEBAT!!! KEBANYAKAN FOTO BRO BOKEH BOKEH BERLAKA...ADA SENTUHAN PHOTOSHOP KE??
ReplyDeleteTPI MEMANG HEBAT sungguh berwarna