Wednesday, December 21, 2011

Perkenalkan, Ayunee Azmee

Ayunee Azmee

Hi awak, perkenalkan Ayunee Azmee. Talent chicky dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Talent ke? pada pendapat aku dia ni lebih kepada Model. Memang senang bekerja dengan dia, tak perlu bagi arahan banyak untuk pose dia. Dia tahu apa nak buat

Ayunee Azmee

Ayunee memang agak berpengalaman. Dia banyak buat runway di Fashion show, jadi "Gadis Litar", pose untuk butik dan jadi Brand Ambasador untuk M*******. Selain tu juga dia jadi model untuk Autoshow.

enjoying myself

Dengan kaki dia yang panjang matching pulak dengan tangan dia yang halus serta badannya yang fleksibel, sememangnya itu semua aset milik Ayunee. Ditambah pula dengan sikap ramah dia, maka lebih mudah lagi untuk bekerja dengannya.

I know you are there

Selain itu, bentuk mukanya yang bujur dan unik betul-betul menarik minat aku untuk set sesi photography dengan nya. Dengan segala apa yang dikatakan diatas, aku cuma ambil masa 45minit untuk keseluruhan sesi. Alhamdulillah, banyak gambar-gambar yang jadi sehinggakan aku tak tahu mana satu nak diproses dahulu.

Hi there
(Personal Favourite)

Oh ya, salah satu sikap yang aku suka pasal Ayunee ni adalah sikap "tetap pendirian"nya. Ayunee takkan pose sekiranya sesi itu tiada bayaran. Secara peribadinya, aku setuju dengan pendiriannya itu. Terus terang aku cakap, kalau kena dengan temanya, memang agak berbaloi la kalau korang 4-5org tongtong then bayar dia untuk 3jam. maybe dia akan buat lebih. Plan betul-betul dan set.

I've been waiting for you

Itu satu perkara yang korang kurang, iaitu "perancangan". Kenapa sesi aku 3jam dipendekkan ke 45minit? Kerana aku rancang. Apa yang aku rancang? PERTAMA; aku da rancang di mana aku nak shoot. Aku tahu angle mana yang menarik dan waktu bila yang sesuai. KEDUA; pemilihan wardrobe. Aku mmg pakat dengan Ayunee untuk shoot cheongsam. Aku bagi kebebasan untuk pilih jenis kasut dan set rambut. Cuma aku tekankan tentang solekan. Kalau ikut citarasa peribadi aku, aku tak suka kalau talent aku solek tebal-tebal melainkan kalau aku nak process gambar ala-ala Librodo. KETIGA; ramah mesra la dengan talent tu. Komunikasi tu penting. walaupun aku hanya sekali jumpa dia tapi kami sempat bertukar bbpin. dari situ aku selalu mengarut dengan dia. Percaya la cakap aku, senang kerja korang nanti.

Ayunee Azmee

Lokasi aku shoot ni adalah di Taman Rekreasi Seberang Jaya(belakang Masjid Seberang Jaya/ Kolam Renang Awam) ataupun dikenali sebagai Taman Gay(sebab orang dok main bontot disini diwaktu malam). Yang sebenarnya aku sudah beberapa kali datang ke tempat ni untuk shoot. Sehingga satu hari aku faham keadaan sekeliling dan aku cuba apply teori shoot landscape dalam portrait aku.

berharap kau kembali
(Personal Favourite - less than 5 minutes editing)

Dalam sesi kali ini aku seorang sahaja tanpa pembantu untuk pegang reflector. Jadi dalam sesi ni 100% natural light. aku banyak rujuk hasil-hasil seni dan karya photographer-photographer serta artist-artist dari negara luar di web 500px.com. Kebanyakan mereka jadikan cahaya matahari sebagai backlight. Yang paling terbaik adalah aku jumpa ramai photographer dan artist yang hasil karya mereka lebih kurang macam aku. Kesemuanya dahsyat-dahsyat belaka. Secara kebetulan, kebanyak mereka adalah dari Indonesia. Alhamdulillah, mereka-mereka ini semua ramah-ramah belaka. Kami saling bertukar pendapat dan menghayati karya masing-masing. 

Ayuni azmee - confident
(lokasi dan angle yang sama tapi pose yang pelbagai, itu kelebihan Ayunee)

Aku gunakan gambar-gambar yang ditangkap sebagai bahan ujikaji warna dalam pemprosesan gambar. Aku tiada pilihan melainkan rujuk Youtube.com untuk kenal lebih mendalam dalam editing aku. Ada yang jadi dan ada yang tak jadi. "Try and error" adalah amalan yang baik. Ada yang kena comment dan ada yang dapat compliment. Apa-apa pun, aku berterima kasih kepada semua yang sukakan karya aku yang tak seberapa ini.

Mari "Sayang"
(Cubaan pertama dalam manipulasi gambar menggunakan Lightroom)

Kalau korang nak tau, tak semua gambar-gambar yang aku shoot ni sharp. Kebanyakannya agak sedikit soft. INGAT ya, kalau takat nak cuci gambar dari size 4R ke 8R, semua nampak sharp. Apetah lagi kalau untuk upload dekat facebook atau flickr. Ini tips aku, daripada korang guna "unsharp mask" dalam Photoshop CS baik korang guna "smart sharpen". Apa yang korang perlu tau adalah berapa peratus dan jenis "smart sharpen" yang perlu digunakan. Apa-apahal pun, teruskan berkarya dan jangan putus asa. Oh ya, kalau orang tegur tu, korang terima ja, jangan bagi banyak alasan, nnt org yang tegur tu tanak tegur gambar korang dah.

Practice makes perfect
(Cubaan Kedua - "Practice makes perfect"

7 comments:

  1. Nice dudez...
    yup smart sharpen is my recipe im certain editing...disamping lain-lain effect...in smart sharpen kita boleh tentukan nilai mengikut citarasa editor.

    ReplyDelete
  2. yup, true on that. I'm not gonna give full info on that. I want the readers to figure that out on their own hehehe

    ReplyDelete
  3. kasut dia lawa....btw pic sgt cantik..mcm pro je

    ReplyDelete
  4. Thanks norasiah, xlah aku bukan pro, saja suka tangkap gambar ja huhuhu

    ReplyDelete
  5. ada sesetengah gambar resolution dia tak cun, sorry yek hehehe

    ReplyDelete