Thursday, September 29, 2011

Zuo Zuo - talent is a factor

Ini adalah satu topic sensitif yang aku rasa aku berani ketengahkan kali ni. Apa yang aku cuba cakapkan ni kita semua cuba amati dan faham bersama.

J Vene Zuo Zuo

Buat pertama kalinya aku join sekumpulan photographer dalam satu outing yang di jemput oleh Jonathan Han. Tak tahu mengapa, tapi aku memang nervous. takut tak boleh perform seperti yang lain. Jadi aku kecilkan diri aku yang berbadan besar ni dalam outing tu. Hormat-menghormati antara satu sama lain yang aku amalkan dalam outing ni. Dan outing ni diakhiri dengan pertukaran kad, number phone, email. Jadi aku rasa aku bukan outcast dalam kumpulan tu. Seriously mmg best.

Zuo Zuo

Model yang Jonathan Han bawak merupakan talent yang berbakat dan photogenic, nama dia Zuo Zuo(http://www.facebook.com/pages/左左/148464361845063). Senang kerja aku bila shoot dia, aku cuma compo betul-betul kemudian click. Tu je keje aku hari tu.

Zuo Zuo

Secara ikhlas, jujur dan beraninya aku mengaku sejak kebelakangan ni aku sangat memilih talent yang aku shoot dan ianya bergantung pada mood aku. Buat masa sekarang aku banyak cari talent yang mukanya comel-comel serta ada karakter yang comel supaya mudah kerja aku dan senang untuk aku sampaikan sesuatu dalam gambar2 yang aku hasilkan.

Zuo Zuo

Dan yang sebenarnya, sejak dulu mmg aku ada habbit ni; andaikata gambar aku cantik tapi talent tak perform, aku takkan upload gambar. takpun andaikata talent tu pulak cantik tapi gambar tak perform, samagak aku tak upload. dan biasanya aku delete tanpa kesian langsung. Jika perhatikan gambar-gambar dari top Malaysian Portrait Photographer yang ada dalam list facebook aku, talent-talent yang dipilih semuanya yang dahsyat2 belaka. Mempunyai muka yang unik, postur yang unik, dan pemilihan talent mereka ni bergantung kepada tema/konsep yang nak diketengahkan. Contohnya buat masa sekarang aku nak gambar-gamar aku nampak sweet dan buat orang geram, aku cari talent yang comel dan mempunyai senyuman kategori killer. dan selepas ni aku nak shoot fashion, aku akan cari talent yang mempunyai muka yg unik, kaki panjang dan boleh pose serta dengar cakap.

Zuo Zuo

Walaupun begitu, aku masih lagi ingat pesanan mentor yang banyak pengaruh aku dalam portrait shoot aku. Katanya,"Show her beauty", mula-mula tu aku tak faham tapi lama-lama baru aku faham. Aku yakin setiap perempuan tu ada cantiknya sendiri dan apa yang aku cuba buat adalah ketengahkannya dan sebab tu lah kalau korang perasan ada masanya aku akan shoot kawan-kawan aku yang bukan talent or model takpun talent-talent yang baru nak up yang tak ada keyakinan diri supaya dia lebih yakin dgn diri sendiri demi mencabar kemahiran/pegangan/prinsip aku sendiri.

Zuo Zuo

Daddy aku pesan,"dude, if you wanna dig chicks, you got to treat them with respect, then they do anything for you and after that you will realise that you are awesome. High Five bro!!!"


Zuo Zuo

9 comments: