Wednesday, August 17, 2011

FAQ : Frequently Asked Questions

1. MANA EMANN DAPAT TALENT NI? MACAMANA DIORANG NAK POSE UNTUK EMANN?
2. BILA NAK AJAK AKU OUTING?
3. MACAMANA EMANN EDIT GAMBAR? GUNA APA?
4. TAK MAU SHOOT CARA LAIN KA? BUAT KELAINAN SEDIKIT?
5. TAKMAU SHOOT MODEL LELAKI KA? ASYIK SHOOT PEREMPUAN JA
6. BRO, NAK TAU EXIF DATA BOLE?

1. MANA EMANN DAPAT TALENT NI? MACAMANA DIORANG NAK POSE UNTUK EMANN?
Di peringkat awal penglibatan aku dalam dunia portrait photography aku banyak shoot orang disekeliling aku, bini aku, adik aku. Dari situ aku buat outing untuk create satu profile. Dengan profile tu aku guna untuk tekel mana2 talent dalam facebook.
Bila dapat peluang aku gunakan dengan terbaik. biasanya untuk sesi pertama aku tak focus sangat, lebih kepada main-main & kira macam warm-up session. Aku pastikan talent tu selesa dengan aku. Kita sebagai portrait photographer kena professional dalam PR kita. DO NOT CROSS THE LINE! faham ayat tu ok. Biasanya aku akan sembang n tanya background talent tu sendiri, kalau ada soalan yg dia takmau jawab kita jangan paksa. Bila dapat peluang untuk keluar dengan talent, jangan ajak ramai kawan, kalau nak ajak baik korang buat gangbang je hahahahaha! ajak sorang dua dah supaya dia selesa dengan korang. Pastu bila shoot tu pastikan korang buat yang terbaik. Ini tips aku untuk sesi pertama, apa korang perlu shoot adalah :
- headshoot (vertical & horizontal)
- half body (vertical & horizontal)
- full body (vertical & horizontal)
- full body[sit] (vertical & horizontal)

Diatas adalah shot wajib aku bila buat outing dengan first timer. Lepas tu ikut korang la nak shoot macam mana. Oh ya, ini satu benda yg sangat penting; pemilihan gambar untuk diupload tu sangat penting. Talent suka gambarnya yang cantik, talent suka gambar dia menonjol dari background. Selain tu, jangan kedekut sangat untuk belanja talent makan or belanja dia dress or buat rambut. Paling baik sekali, untuk sesi pertama biar dia yg pilih apa yg dia nak pakai, galakkan dia pakai simpel dan tak perlu bazir duit untuk buat rambut or upah orang mekap. Andaikata talent tu perform dengan bai, berikan dia credit. Secara semulajadi, Talent mmg suka dipuji. Ini yang paling PENTING; JANGAN JANJI BENDA YANG TAK PASTI, maksudnya jangan janji dengan talent bahawa kalau lepas shoot dengan korang bole jadi famous takpun "Aku akan buat ko famous". Itu maknanya kita bagi harapan palsu.

Bila korang bersikap positif, talent akan suka. Dia akan bawak mulut dengan cerita yang baik dekat kawan-kawan dia. Bila kawan-kawan dia add korang dalam FB, korang layan dengan baik dan buat benda yang sama. Dan ulang benda yang sama sehingga profile korang solid. Bila profile korang solid barulah korang tak perlu susah payah cari talent, talent akan cari korang.

AKU DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK KORANG. ALL THE BEST :)

2. BILA NAK AJAK AKU OUTING?
Ada masanya aku agak rimas dengan soalan ni tapi aku akan layan jugak sebabnya tak baik sakitkan hati org, sakitkan hati sendiri xpe hahaha. Anyway, untuk pengetahuan korang tak semua outing aku ni terbuka untuk semua orang. Kebanyakanny adalah private outing, ini adalah permintaan talent aku sendiri. Maximum photographer / assistant yang biasanya aku akan bawak dalam 4orang sahaja. Itu pun dikalangan kawan-kawan baik aku, Amirul Bakhri, Irmi Ismail, Azlan Rooke & Wan Fly. Kenapa aku selalu ajak depa ni? Sebabnya kami boleh bekerja dalam kumpulan, kami tak berebut untuk shoot talent dan yang paling utama shooting style kami lebih kurang sama, kami minat pada Bokeh, Warna dan Detail. Kami bole amik giliran untuk pegang reflector ataupun lightstand & tak berkira antara satu sama lain.

Tetapi ada masanya aku akan solo outing dengan talent, waktu ni aku akan ajak org lain selain dari kawan-kawan aku. Assistant ni aku akan pilih ikut suka hati aku dan biasanya kepada yang betul2 minat dan tak tanya banyak bila aku ajak outing. Semestinya bila jadi assistant aku, aku akan ajar sedikit sebanyak. Kepada yang pernah jadi assistant aku mungkin akan faham.

Bila korang bole ikut aku outing? hehehehehe Ada masanya aku akan organize satu outing untuk semua orang dan biasanya minimum 5org dan maximum 10org. Aku punyai satu prinsip, sekiranya outing aku lebih dari 4 orang, aku akan collect duit dan bayar talent, Ini adalah contribution aku kepada talent. Walaupun di peringkat awal tadak perjanjian macam tu tapi aku tetap akan collect duit dan beri pada talent. Sebabnya senang, PENAT KOWT JADI TALENT. Nak layan perangai fotoman yang ada macam2 style. Range collection yg aku akan collect adalah antara RM10-RM20. AKu akan arrange talent yg berbakat dan berbaloi. Selain korang dapat shoot talent, aku akan bagi few tips & hint dalam portrait photoshoot.

KESABARAN TU PENTING, HORMATI ORANG LAIN PUN PENTING

3. MACAMANA EMANN EDIT GAMBAR? GUNA APA?
Aku suka betul soalan ni hehehehe. Editing aku simple sangat yang pasti apa yg aku buat aku amalkan "Get It Right The First Time". Diperingkat awal aku pastikan gambar aku cun dimataku. Aku amalkan Basic ja dalam photoshoot aku, Kompo & framing cun baru aku shoot. Sebabnya bila gambar korang da cun, korang edit macamana pun akan cun. Masa peringkat awal dahulu aku gunakan Picassa untuk edit sebabnya aku tak reti nak guna Photoshop CS mahupun Lightroom. Pernah jugak aku tanya soalan yang sama dekat kawan-kawan aku dahulu(tanak sebut nama), janji nak ajar tapi sampai sekarang tak ajar. Diornag cakap,"senang je, hang buat macam ni, pastu macam tu then up ni sikit pstu siap". Jawapan tu membuatkan aku sakit hati & aku tanak jadi macam diorang bila aku dah pandai nanti.

Kalau korang nak tau, aku ni shoot RAW dan aku gunakan Lightroom untuk enhancement permulaan. So ini tips dan step aku edit;
Lightroom
- Exposure
- White Balance
- Clarity, Vibrance, Saturation
- Contrast
- HSL
- Vignett
- Brush untuk highlight dan juga naikkan detail
untuk lebih maklumat dan tutorial korang boleh tengok blog ni :
http://mieyrool.blogspot.com/

Pastu aku Final touch dalam Photoshop CS
- buang spots n jerawat or parut
- resize (aku da buat Tutorial da)

Aku pernah bagi personal tutorial ni dekat beberapa fotoman. Ada yang betul-betul guna tips yang aku bagi ni dan sangat membanggakan aku bila diorang berjaya. Ada pulak yang menyakitkan hati aku bila dok jeles/cemburu tak tentu pasal dekat gambar aku. Biasanya aku jawab macam ni,
"Aku da ajar tapi korang tak guna, apa boleh buat?"

Disebabkan ramai yang berperangai macamni membuatkan aku makin susah untuk kongsi ataupun tunjuk tutorial secara personal.

Oh ya, tips yang aku bagi tu adalah basic sahaja, of coz la aku ada buat beberapa advance editing untuk gambar aku yang membuatkan aku amik masa dari 30min hingga 1jam bagi satu gambar. Lagi satu aku nak bagitau kat korang, YOUTUBE adalah salah satu sifu editing aku hehehe. Yang pasti, aku sangat berterima kasih kepada Cikgu Dollah sebabnya dia orang pertama yg mengajar aku Picture Enhancement dan juga Hakkan Lye sebab ajar aku pasal Black & White Photography

INGAT YA, MEMBACA TU PENTING

4. TAK MAU SHOOT CARA LAIN KA? BUAT KELAINAN SEDIKIT?
Secara jujurnya, TAK. Untuk pengetahuan korang aku ada 3 benchmark dalam dunia fotografi ni iaitu Cikgu Dollah, Widjita dan juga Librodo. Ketiga-tiga Artist ni fokus kepada 3 perkara yang sama tapi style yang berbeza iaitu ketiga-tiga artist ni fokus kepada WARNA, DETAIL & DEPTH OF FIELD(BOKEH). Dan sememangnya aku pun suka kepada perkara yang sama. Selain tu komposisi kitiga-tiga artist ni simpel sahaja & aku suka itu. Aku tak pasti samada aku dah sampai atau belum ke tahap mereka ni tapi yang pasti aku takkan putus asa sehingga aku ke tahap mereka bertiga ni. Harap aku akan jadi seperti mereka satu hari nanti.

REMEMBER, ART IS EVERYTHING & EVERYTHING IS ART.

5. TAKMAU SHOOT MODEL LELAKI KA? ASYIK SHOOT PEREMPUAN JA
Tak, takmau. Naluri lelaki aku mengatakan JANGAN hahahahahahahahahaha! Mmg macam tak kesampaian lagi, tadak seru lagi kowt. Tak dapat aku bayang kan macamana aku nak direct talent lelaki pose dgn konsep apa. hahahaha, geli rasanya bila tulis entry ni. Yang kelakarnya soalan ni aku dapat dari lelaki sendiri. Aku rasa pelik sangat hahahahahaha!
Aku akan shoot talent lelaki kalau ianya melibatkan sukan dan jugak sukan permotoran, itu sahaja. Yang menyakitkan hatinya bila aku upload gambar-gambar talent lelaki, tadak sapa pulak nak click "like" atau komen. Agak menyakitkan hati, seriously. Kalau korang ada kat tempat aku korang akan faham. Orang tak menghargai sport photography, pada aku senang ja, p try shoot tgk sport pastu bagitau kat aku senang atau susah. All the best ye

INGAT, HORMATI HASIL SENI MASING-MASING ADALAH SATU BENDA YANG SANGAT BAIK

6. BRO, NAK TAU EXIF DATA BOLE?
Bole je, tadak masalah. Tapi aku selalu heran kalau orang tanya soalan macam ni. Aku tertanya-tanya apa korang boleh buat atau nak buat bila tau exif data aku. Yang pasti begini, tak mungkin akan dapat result yang sama disebabkan oleh editing aku. Disebabkan itu, aku tak kisah sangat nak share exif data aku. Andaikata exif data aku dapat membantu korang, aku tak perlu banyak, cakap terima kasih pun da cukup & kalau korang nak tau, aku tak dapat pun penghargaan macam tu. sakit hati pun ada gak kekadang tu. Tapi buat masa sekarang, kira halal lah hehehe. Anyway, All the best :)

EXPERIMENT TU PENTING

5 comments:

  1. cute nyaa entry ni... hihi. wow ramai dh followers! :D

    ReplyDelete
  2. Adik suka ek? wahahahahahahah! its the truth. Ni soklan yg kerap orang tanya aman. so aman jawab dengan jujurnya

    Ryme :)

    ReplyDelete
  3. wah...jgn ditanya dah..sekali lagi tnya mesti kena boh laju2X..(haha)penerangan yang mantap..
    soalan2 seperti ini memang sering ditanya...thanks for sharing info dan ianya adalah penting(take note)

    ReplyDelete
  4. Wahahahaha! ini adalah soalan yang biasa ditanya. aku tulis siap2 kot2 ada yang tanya lagi.
    Di atas ni adalah jawapan jujur dari aku. Terima atau tak terpulang pada pendapat peribadi

    ReplyDelete