Saturday, August 20, 2011

Outing dengan Amir Alias & Mischa Luvriella

Mischa Luvriella - wild thing

Salam kawan-kawan, bebaru ni(17.8.2011) aku ada outing dengan Mischa Luvriella. Budak ni da buli aku. Kalau korang nak tau, aku ni mmg ada masalah dengan Leopard skin, Cheetah skin & tiger skin. Aku tak tahu kenapa aku tak suka tapi mungkin sebab dress tu membuatkan seseorang tu nampak murah. Yg peliknya, Mischa manage to pull it off. Aku agak rasa pelik disitu. Sepanjang sesi tu aku dengar Mischa gelak sambil membebel kat aku hak hak hak.

Mischa Luvriella

Mischa Luvriella

Mischa Luvriella

Mischa Luvriella
Mischa Luvriella

Tempat yang kami shoot haritu adalah di Hutan Lipur di Bukit Panchor, Parit Buntar. tempat ni agak tersorok sedikit dan kalau suruh aku p lagi sekali mmg tak jumpa la hahahaha! Apa yang pasti untuk Bokeh Lovers, tempat ni sesuai sangat untuk korang. Banyak peluang & angle bole dishoot kt sini yang pasti dengan syarat, mesti ada matahari. kalau tadak tempat ni akan jadi gelap. Waktu shoot tu aku menyumpah gak Mischa sebab pakai Leopard Skin Dress sebabnya aku tau kawan2 aku akan bahan aku dan sememangnya aku kena bahan. da 5 hari da aku kena bahan huhuhuhuhu. Seb baik gambar aku bole la tutup mulut depa ni sikit hahahahaha!

Mischa Luvriella - Wild Thing

Mischa Luvriella

Mischa Luvriella

Mischa Luvriella

Bersama aku haritu adalah Amir Alias dariVenture Creative Photography. Aku ajak dia bersebab. Sebabnya aku dapati shooting style & editing style serta framing kami hampir sama. Pada aku agak pelik sebabnya aku jarang jumpa photographer macam ni selain dari aku dan kawan-kawan aku. Aku dapat tua pasal Amir Alias dari Mentor aku iaitu Cikgu Dollah. Dari pandangan peribadi aku, Amir Alias ni kalau tak kenal orang akan kata macam-macam tapi bila dah kenal kita akan tahu bahawa dia ni mmg seorang yang baik dan murah hati serta boleh berkongsi idea & ilmu bersama, selain tu Amirl Alias boleh bekerja dalam kumpulan dimana dia tak kisah untuk tolong pegang reflector dan bagi idea serta pendapat tentang angle yang best. Banyak jugak idea yang kami kongsi bersama dan yang pasti harituu aku memang betul-betul termakan racun 85mm f1.4 waaaaaa!!!! Memang dahsyat penangan 85mm. InsyaAllah di masa akan datang aku dari kawan-kawan(tm) akan outing bersama dengan crew Venture Creative.

Kalau nak view artwork Amir Alias, korang boleh ushar kt sini
1. http://amiralias.com/
2. http://www.flickr.com/photos/amiralias/
3. http://vcphotographer.blogspot.com/
4. http://www.facebook.com/amiralias

No comments:

Post a Comment