Monday, July 8, 2013

Shoot portrait macam persediaan ujian?

Dekat-dekat nak puasa ni mula la aku nak berbaik dengan semua orang. Jujur dari aku entry kali ni aku malas nak tulis formal, jadi pada siapa yang penah jumpa aku korang cuba bayangkan suara aku membebel hahahaha

_DSC1427

Ramai orang tahu yang aku suka shoot portrait. Model-model aku adlah dari kalangan kawan-kawan, peminat, pro-model dan model berpengalaman. Ada jugak yang pernah berbunyi, "Pasaipa aku shoot dia ni nampak tak lawa tapi emann shoot nampak lawa" tak pun "Hareeyyyy, tempat ceni pun emann shoot nampak menarik?"

_DSC1425

Rasanya dalam entry yang sebelum ni aku dah bagitau pasal ni, masalahnya korang tengok gambar dan bukan baca. Cuba amalkan sikap suka membaca, membaca menambah ilmu tau. Apa yang korang pelu buat sebelum shoot model adalah seperti korang buat persedian untuk peperiksaan. Apa yang korang kena buat sebelum peperiksaan? Jawapannya adalah ULANGKAJI.

_DSC1407

Apa yang aku maksudkan adalah ini; korang perlu ambil kira beberapa faktor utama sebelum korang shoot. Pertama sekali adalah faktor tempat/lokasi. Ianya sangat penting sebabnya ia berkait rapat dengan komposisi, tona, tema dan apa-apa saja dalam pemikiran kreatif korang. Kedua adalah model tu sendiri, kena tau apa kekuatan dan kelemahannya. Sebagai contoh, Ayunee Azmee. Bukannya aku tak suka dia senyum tapi aku lebih suka bila dia buat muka serious. Selain tu, dia sangat sesuai untuk fashion shoot. Cuba bayangkan kalau model vogue tapi buat tema comel-comel, tak ke pelik jadinya nanti. Ketiga, barulah masuk faktor fesyen dan sebagainya.

_DSC1388

Aku sentiasa rancang sebelum aku keluar shoot dengan model. Oh ya, jangan lupa PR dengan model kena jaga, "Keep it Professional". Merapu, merapu jugak tapi jaga pergaulan dan sentuhan. Jangan fikir semua model sexy hang bole pegang sana sini takpun cakap ikut dan hang. Kena peka tahap sosial model tu jugak. Tak lupa juga, tahu kekuatan gear yang kita ada dan banyak-banyakkanlah diri tu belajar baca exiff data portrait orang lain dan juga komposisi orang lain. Dekat 500px banyak dan jangan lupa untuk berani mencuba.

_DSC1405

Akhir sekali, waktu korang letak mata korang dekat eye piece tu, rancang apa korang nak buat dengan shot tu. Ini saja tips dari aku, goodluck and all the best. feel free to tag me hehehe. Ingat, nak shoot model macam persediaan ambil ujian tau

5 comments:

  1. Hihihihi..kita akan cuba chek'gu....

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. haaaaaa, best kan? dekat orang main RC dkt area restoran sampan

      Delete
  3. Bestt nyA jadii mOdeL .. Citaa-citaa ku mNjadii moDeL! Haha

    ReplyDelete