Sunday, May 19, 2013

Pemilihan Model Tu Penting Sebenarnya

Perkenalkan Noor Ain, salah seorang model kegemaran aku. Aku tak kisah nak shoot dia berkali-kali sebabnya senang bekerja dengan dia dan dia tau apa yang aku mau. Tambah pula dia ni baik.
_DSC1380

Untuk blog kali ni aku hanya nak berkongsi pengalaman aku dalam menangkap gambar model. Apa-apa hal pun kita kena faham dan terima bahawa 60% cantiknya sesuatu portrait itu adalah datang dari model tu sendiri. lagi 40% adalah dari komposisi dan persembahan kita.

_DSC1427

Untuk dapatkan model yang cantik atau professional, kita sendiri perlu gambar yang cantik dan bersikap professional. Yang penting kita jangan paksa model. Tips kepada yang baru menceburi shoot model ni, untuk dapatkan model yang cantik senang saja, turut serta program shoot model yang dianjur oleh rakan-rakan kita atau photog yang berpengalaman. Kuatkan koleksi kita baru kita cari model lain ikut citarasa kita.

_DSC1420

Jangan kedekut tau, betul la kita beli barang mahal tapi ingat model ni manusia dan sesetengah orang "Masa itu Emas". Kalau taknak bayar pun kita cuba belikan dia baju atau belanja dia buat rambut dan juga solekan. Jangan lupa untuk belanja model tu minum atau makan. Tapi kalau model tu nak belanja kita, jangan tolak hahahahahaha!

_DSC1408

Akhir sekali, kalau boleh elakkan shoot berdua dengan model tu. Suruh dia bawak teman untuk elak cerita bukan-bukan. Kalau model tu jenis manja jangan pula kita ambil kesempatan. Kalau dia bawa teman lelaki, biarkan saja takpun berbaik-baik la dengan teman lelaki dia. Ingat, korang nak shoot dan bukannya nak menggatal dan lagi satu, tak payah la mengorat model tu. Kang dia bawak cerita pasal kita, yang buruk nama kita jugak.

Semoga Berjaya

_DSC1416

4 comments:

  1. suka tgk kak ain..dulu kak aisyah..heee..=D

    *bajet teringin nak jadik model jap..=P

    ReplyDelete
  2. Entry yg menarik abg man.....bab belanja tuuu kelakar....hihi

    ReplyDelete