Wednesday, January 9, 2013

Saye dan landscape

sunset1
Percaya atau tak, ni la shot landscape aku waktu mula-mula pegang camera dulu hahahahaha! bila tengok balik rasa macam nak tegur diri sendiri ja hehehehehe

sunset2
Ini pula selepas ditegur oleh Sirmart tentang horizontal line. Mmg time ni aku zero knowledge pasal landscape tapi aku sangat minat dengan landscape. Masalah dengan aku adalah aku tak suka shoot landscape sorang-sorang, ye lar gear mahal plus aku bukannye keje gaji besar jadi aku menabung dan kemut huhuhu

Padi field
Level huru-hara aku jangan cerita la kan hahahahaha! tapi aku tak pernah putus asa, aku tetap shoot demi kepuasan diri aku

Yang pasti macam ni, diperingkat awal aku dalam dunia landscape ni sememangnya agak mencabar dan pada aku landscape ni mudah,"nampak pemandangan cantik terus shoot" tapi lama kelamaan ianya tak semudah itu, susah habaq hang.

Penang Hill (bottom)
(cubaan HDR aku hahaha)

Rupa-rupanya, selain camera dan lens, aksesori lain pun perlu seperti tripod, trigger dan yang paling penting adalah filter. Aku tak pernah dapat guidance tentang filter ni, jadi aku beli ikut dan aku tapi aku belajar dari pengalaman masa aku beli lens dulu, sebelum beli aku kacau kawan aku yg merupakan staff kedai camera di Penang hahahaha! macam-macam aku tanya.

Mengkuang Dam, Penang

Sunrise at Mengkuang Dam, Penang

Sunrise at Mengkuang Dam, Penang

Percaya cakap aku, mulakan dengan Circular Polarizer Filter dulu. Pertama dia boleh hilangkan atau menampakkan biasan, kedua warna langit akan lebih deep. Aku suka guna filter ni untuk shoot langit, sunrise, sunset, sungai dan tasik. Dimasa akan datang aku akan gabungkan dengan Reverse ND Filter.

RnR Bagan Ajam

Penang Bridge

Miami Beach, Penang

Spice Garden Beach, Penang

Shamrock Beach, penang

Selain tu, korang bole dapatkan ND filter. Hok ni boleh bagi efek yg unik, sebagai contoh boleh bagi efek awan bergerak, aliran air yg halus dan yang pasti dia boleh turunkan shutter yang tinggi ke rendah sehingga 30saat atau bulb dan ianya bergantung pada sekitar kita dan jumlah cahaya sekeliling kita.

Burmese Pool, Taiping

ULU PAIP, KULIM

Ulu Paip, Kulim

Haaaa ni favourite aku jugak, shoot sungai dan layan slow shutter. masuk hutan, bukak aperture kecit, pacak tripod then shoot, dapat satu saat pun dah mengcukupi, sebabnya aliran air tu deras hehehehe, try la.

Dari aku cerita kat atas ni seolah-olah macam nak cakap yang kita kena ada gear dan aksesori yang canggih-canggih untuk dapatkan hasil yang bagus. yang sebenarnya tida, ianya lebih kepada "Tepuk Dada Tanya Selera". Shot-shot di bawah ni aku shoot guna Nex5 dengan kitlens sahaja :)

Off to Bali

Cameron Highlands DEC 2012

Cameron Highlands DEC 2012

Kene tahu dan faham tentang komposisi. Mengenankan aku baru belajar maka ilmu ni aku tak berani nak berkongsi bersama lagi, takut terbagi ilmu yang salah. Ini tips dari aku, download atau copy je gambar2 landscape yang korang suka dan cuba tiru komposnya selepas itu pelan-pelan belajar.

GoodLuck and Have Fun :)


No comments:

Post a Comment