Sunday, July 22, 2012

Mischa, Myra & Dya - Tribute to MUA

Lame wei aku tak update blog hehehehehe, sibuk sikit pastu bahan untuk membahan ni kadang perlukan inspirasi. Kebetulan sejak kebelakangan ni aku banyak buat perubahan pada diri aku sendiri. Ye la, nak tingkatkan kendiri perlu perubahan. Anyway, kali ni aku nak share pengalaman aku shoot close up, model baru dan juga body dan lens baru hehehehe.

Mischa

Perkenalkan Mischa Luvriella, hahahha actually aku tapayah kenalkan dia kt korang sbbnya dah memang sinonim da kami dua. Kalau Mischa ada gambar baru mostly dari aku. Korang penah tanya ka kenapa aku selalu shoot dia? Sebelum korang tanya meh aku nak habaq. Pada permulaan, kami dua ni hanya model dan photographer, setelah beberapa kali kolaborasi, kami jadi kawan baik. jadi mmg kami selalu lepak dan merepek. Biasanya aku jadikan Mischa ni bahan ujikaji aku hehehehehe. Salah ka kalau seseorang photographer tu shoot model yang sama ja? hangpa da penah tanya Librodo atau Emily Soto atau Afal? Yang sebenarnya tak salah, tak dinafikan memang setiap photographer ada model kegemarannya sendiri dan setiap model ada photographer kegemaran diorang. Tak percaya? tanya depa la hehehehe

Dya Tuscania

Perkenalkan Dya Tuscania. Model ni diperkenalkan oleh Haris Fazuli dan Syafiq Adnan. Seriously aku suka dia ni. Jujur dan takde nak cover-cover. Dah le tu, pandai buat lawak. She is fun to be around with. Hari photoshoot hari tu mmg hari dia. Walaupun aku tak banyak shoot dia tetapi shot dia semuanya menjadi. Korang kene faham ya, kalau nak dapat  model yang bagus korang sendiri kena bekorban dari segi masa,duit dan kederat. Pastu korang sendiri mesti ada folio yang kuat. Kita tak perlu focus kepada quantity tetapi lebih kepada quality. Aku pun tak perfect tapi aku cuba buat sebaik mungkin untuk puaskan hati semua pihak. Orang tegur kita terima dan buat perubahan. 

Myra Zhara

Ini pula Myra Zhara. terus terang aku cakap aku sangat bertuah sebab dapat sesi dengan Myra. bila gambar pertama aku upload, ramai jugak yg kenal Myra ni. Aku agak hairan, rupa2nya dia ni memang femes. Jadi the next time kalau aku ada sesi dgn dia aku akan study dan buat lebih baik lagi. Thanks Myra sebab percayakan aku huhuhu

Mischa

Make over kali ni untuk Mischa adalah dari Nurul Azlina(http://www.facebook.com/inurula). Seorang freelance make up artist. Juga dikenalkan oleh Haris Fazuli. Hebat dia ni terus terang aku cakap, artwork dia tak pernah mengecewakan aku huhuhu

Dya Tuscania

Untuk Dya Tuscania pula di mekap oleh Azhana(http://www.facebook.com/h4n4n4). Walaupun first time aku bekerja dengan dia, dia da jadi mangsa buli aku. Persamaan antara aku dgn dia adalah bila kami gelak Matak tak nampak hahahahaha sebab sepet hahaha! very friendly girl. Dan end result dia haritu mmg power.

Myra Zhara

Akhir sekali adalah Myra Zhara yang dimekapkan oleh Zalina Yaakob (http://www.facebook.com/zalina.yaakob). Dia ni juga seorang MUA dan Stylist yang awesome. Tolak Azhana, yang lain aku da bekerja dgn diorang lebih dari dua kali. dan kesemuanya tak mengecewakan

You see guys, untuk dapatkan hasil-hasil yang macam ni, kerjasama antara semua sangat diperlukan. Dan terus terang aku cakap, outing aku dengan Haris Fazuli dan Syafiq Adnan tak pernah serious. Sepanjang masa kami gelak besar, Makan(thanks Nurul sebab bawak kek Pavelova) dan gelak lagi. yang pasti bila balik semuanya keluarkan hasil masing-masing dengan cara tersendiri

Myra Zhara

Aku sangat berterima-kasih kepada Haris Fazuli dan Syafiq Adnan sebab percaya pada aku dan bagi aku peluang untuk outing dengan diorang. Asal persahabatan kami bermula dari Facebook kepada teh tarik dan satu hari Haris Fazuli bagi aku peluang untuk join diorang shoot studio. Aku kensel semua program aku dan naik bas ke KL dok dekat hotel bajet dan keesokkannya terus shoot. peluang yang ada aku guna sungguh-sungguh. Banyak benda baru aku belajar dari dua budak gemok ni(mcm aku tak gemok kan). Dari segi etika, hormati satu sama lain dan enjoy sewaktu outing. Dulu aku ada semua ni tetapi sekarang sangat kurang huhuhuhu. In return, aku akan buat perkara yang sama sekiranya Haris dan Capixx datang Kulim/Penang

Mischa

Dalam outing yang sama sempat juga aku diperkenalkan dengan abg MNJ, Saiful Reduan, Ajai, Tashmil, Shafirol oh ya tak lupa abg hensem kita Amril dan Zul Kolamp(actually dua org ni da kenal lama dah hahaha). Xdepun yang nak berebut nak shoot, semua tau peranan masing2 dan enjoy the outing. apedehal kan? hehehe.

Dya Tuscania

Untuk outing kalini aku cuma gunakan Nikon D2X, Nikon 85mm f1.8(G) dan reflector. Tamau cakap banyak pasal Nikon D2X sebab dia dahsyat baqhang cuma sayang megapixel dia kecik(12.4mb) maksimum untuk RAW cuma 19mb- 20mb. Nak habaq ni, aku tak jumpship, ni 2ndbody/support body lepada Sony A850 aku kalau aku cover event. Lens yang aku gunakan tu agak memuaskan, untuk harga macam tu dengan performance mcm tu pada aku ianya agak murah. bayangkan pada f1.8 pun sharp hahahah oh, tapi bila bukak f2-2.2 dia agak sedikit soft. Jangan Risau, aku akan tulis review pasal lens dan body ni dalam entry yang akan datang

Ok guys, thats it for today, kalau ada terkurang terlebih aku minta maaf. aku tanak kata kat sapa-sapa tapi kalau terasa tu bagus. Yang pasti, cuba dapatkan kolaborasi antara model, mua dan kawan-kawan, di peringkat awal tu berbelanja pun takpa jangan kedekut, percaya cakap aku, kalau korang perform surely next time diorang akan cari korang. trust me on this. Try it and find out :)

2 comments:

  1. Memang leh berdarah idung bila tgk di LCD ja nie...hehehe...keep it up...Emann

    ReplyDelete
  2. terbako mate melihat artwork Emann.. hebat!!

    ReplyDelete