Thursday, December 22, 2011

Nissan Murano 2500cc - Shah Jehan Mohamed Yatim

Nissan Murano - Jehan
Nissan Murano 2500cc Matte Black milik Shah Jehan Mohamed Yatim

Perkenalkan Nissan Murano 2500cc Matte Black milik Shah Jehan Mohamed Yatim. Ia merupakan keluaran 2005 di Jepun dan dijual sebagai "recond car" di Malaysia. Ini adalah kerana Nissan Murano jikalau dijual baru Di Malaysia harga dia agak mahal.

Nissan Murano01
Pandangan Hadapan

Nissan Murano09
Pandangan Belakang

Jika diperhatikan disini, Nissan ini telah di cat semula dengan warna Matte Black. Ianya hampir serupa dengan flat black kecuali kualitinya lebih tinggi dan ianya boleh dibasuh berkali-kali

Nissan Murano06
Front Grill plus logo

Nissan Murano11
Back logo

Nissan Murano10
Kebanggaan pemilik

Dengan rekabentuknya yang ringkas tapi bergaya, ianya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Sehinggakan aku sendiri pun tertarik dengan Nissan Murano milik Jehan. Dikenakan pula dengan set rim standard tetapi yang di ubah suai sedikit menambahkan lagi serinya. Termasuk juga pelekat kenderaan "Crawford Performance" berwarna hitam yang dikenakan dibahagian pintu kenderaan ini menambakan seni garangnya

Nissan Murano14
Standard Sport rim

Nissan Murano05
Pandangan berbeza

Nissan Murano08
Crawford Performance door sticker

Selain dari itu, Nissan Murano ini jugak dilengkapkan dengan Sunroof. Ianya dikawal oleh tombol yang berada didalam kenderaan ini

Nissan Murano13
Tinted glass sunroof

Nissan Murano23
Pandangan dari dalam

Nissan Murano22

Salah satu kelebihan kenderaan ini adalah ianya mempunyai ruang simpanan barang yang sangat luas dibahagian belakang. Bukan itu sahaja, malah ruang di tempat duduk hadapan dan juga belakang agak selesa untuk semua penumpang. Diselesakan pula dengan tempat duduk baldu. Sememangnya kalau kita berada dalam perjalanan jauh kita akan duduk dengan selesa sekali.

Nissan Murano16
Luas kan?

Nissan Murano17
Jarak yang agak selesa

Nissan Murano27
Tempat duduk baldu

Nissan Murano26
Long distance? No problem

Rekabentuk dashboard Murano ini agak ringkas seperti kenderaan mewah yang lain. Cuma butang-butangnya ditulis dengan tulisan Jepun. Walaupun begitu, penerangan ringkas dari jurujual sangatlah membantu. Disamping itu, Bahagian pemandu juga agak ringkas, jadi ianya tidak menjadi masalah kepada kita warganegara Malaysia. Kalau korang nak tahu Jehan dengan sengaja memilih transisi gear automatik. Untuk cruising memang sangat sesuai.

Nissan Murano21
Kalau korang sekolah Jepun, sure tadak masalah

Nissan Murano18
Ringkas

Nissan Murano19
Speedometer standard seperti kenderaan lain

Nissan Murano20
Gear Knob Automatic

Antara benda yang betul-betul menarik perhatian aku adalah camera hadapan dan juga camera belakang yang fungsi dan tujuannya adalah untuk Parking kereta. Jadi kita tak perlu untuk lihat side mirror ataupun rear mirror untuk parking kenderaang. Delengkapkan juga sistem navigasi supaya kita tak parking kereta dengan senget

Nissan Murano25
Kagum aku

Nissan Murano24
Jakun pun ada jugak

Demi keselamatan, Nissan Murano tidak menggunakan kunci seperti kenderaan lain, ia memerlukan sejenis sensor berupa keychain dan pemilik kenderaan hanya perlu simpannya didalam poket sepanjang waktu. Hanya individu yang memiliki alat tu sahaja boleh buka kenderaan ini

Nissan Murano31
Ini lah dia alat tu.

Tak banyak untuk aku katakan mengenai Nissan Murano, review mengenainya boleh di layar di internet. Mengikut Jehan, dia tidak menyesal membelinya malah dia merasa bangga memilikinya. Setiap kali dia memandunya, bia berasa lebih yakin dengan diri sendiri dan pemanduannya. Pada pendapat aku, kalau aku ada duit, surely aku beli.

Nissan Murano29
Proud Owner

Nissan Murano30
Confident

Nissan Murano12
Different view of the car

Kepada pemilik kenderaan diluar sana yang berminat dengan servis aku, boleh kontek aku hihihihihihi...kita plan




Wednesday, December 21, 2011

Perkenalkan, Ayunee Azmee

Ayunee Azmee

Hi awak, perkenalkan Ayunee Azmee. Talent chicky dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Talent ke? pada pendapat aku dia ni lebih kepada Model. Memang senang bekerja dengan dia, tak perlu bagi arahan banyak untuk pose dia. Dia tahu apa nak buat

Ayunee Azmee

Ayunee memang agak berpengalaman. Dia banyak buat runway di Fashion show, jadi "Gadis Litar", pose untuk butik dan jadi Brand Ambasador untuk M*******. Selain tu juga dia jadi model untuk Autoshow.

enjoying myself

Dengan kaki dia yang panjang matching pulak dengan tangan dia yang halus serta badannya yang fleksibel, sememangnya itu semua aset milik Ayunee. Ditambah pula dengan sikap ramah dia, maka lebih mudah lagi untuk bekerja dengannya.

I know you are there

Selain itu, bentuk mukanya yang bujur dan unik betul-betul menarik minat aku untuk set sesi photography dengan nya. Dengan segala apa yang dikatakan diatas, aku cuma ambil masa 45minit untuk keseluruhan sesi. Alhamdulillah, banyak gambar-gambar yang jadi sehinggakan aku tak tahu mana satu nak diproses dahulu.

Hi there
(Personal Favourite)

Oh ya, salah satu sikap yang aku suka pasal Ayunee ni adalah sikap "tetap pendirian"nya. Ayunee takkan pose sekiranya sesi itu tiada bayaran. Secara peribadinya, aku setuju dengan pendiriannya itu. Terus terang aku cakap, kalau kena dengan temanya, memang agak berbaloi la kalau korang 4-5org tongtong then bayar dia untuk 3jam. maybe dia akan buat lebih. Plan betul-betul dan set.

I've been waiting for you

Itu satu perkara yang korang kurang, iaitu "perancangan". Kenapa sesi aku 3jam dipendekkan ke 45minit? Kerana aku rancang. Apa yang aku rancang? PERTAMA; aku da rancang di mana aku nak shoot. Aku tahu angle mana yang menarik dan waktu bila yang sesuai. KEDUA; pemilihan wardrobe. Aku mmg pakat dengan Ayunee untuk shoot cheongsam. Aku bagi kebebasan untuk pilih jenis kasut dan set rambut. Cuma aku tekankan tentang solekan. Kalau ikut citarasa peribadi aku, aku tak suka kalau talent aku solek tebal-tebal melainkan kalau aku nak process gambar ala-ala Librodo. KETIGA; ramah mesra la dengan talent tu. Komunikasi tu penting. walaupun aku hanya sekali jumpa dia tapi kami sempat bertukar bbpin. dari situ aku selalu mengarut dengan dia. Percaya la cakap aku, senang kerja korang nanti.

Ayunee Azmee

Lokasi aku shoot ni adalah di Taman Rekreasi Seberang Jaya(belakang Masjid Seberang Jaya/ Kolam Renang Awam) ataupun dikenali sebagai Taman Gay(sebab orang dok main bontot disini diwaktu malam). Yang sebenarnya aku sudah beberapa kali datang ke tempat ni untuk shoot. Sehingga satu hari aku faham keadaan sekeliling dan aku cuba apply teori shoot landscape dalam portrait aku.

berharap kau kembali
(Personal Favourite - less than 5 minutes editing)

Dalam sesi kali ini aku seorang sahaja tanpa pembantu untuk pegang reflector. Jadi dalam sesi ni 100% natural light. aku banyak rujuk hasil-hasil seni dan karya photographer-photographer serta artist-artist dari negara luar di web 500px.com. Kebanyakan mereka jadikan cahaya matahari sebagai backlight. Yang paling terbaik adalah aku jumpa ramai photographer dan artist yang hasil karya mereka lebih kurang macam aku. Kesemuanya dahsyat-dahsyat belaka. Secara kebetulan, kebanyak mereka adalah dari Indonesia. Alhamdulillah, mereka-mereka ini semua ramah-ramah belaka. Kami saling bertukar pendapat dan menghayati karya masing-masing. 

Ayuni azmee - confident
(lokasi dan angle yang sama tapi pose yang pelbagai, itu kelebihan Ayunee)

Aku gunakan gambar-gambar yang ditangkap sebagai bahan ujikaji warna dalam pemprosesan gambar. Aku tiada pilihan melainkan rujuk Youtube.com untuk kenal lebih mendalam dalam editing aku. Ada yang jadi dan ada yang tak jadi. "Try and error" adalah amalan yang baik. Ada yang kena comment dan ada yang dapat compliment. Apa-apa pun, aku berterima kasih kepada semua yang sukakan karya aku yang tak seberapa ini.

Mari "Sayang"
(Cubaan pertama dalam manipulasi gambar menggunakan Lightroom)

Kalau korang nak tau, tak semua gambar-gambar yang aku shoot ni sharp. Kebanyakannya agak sedikit soft. INGAT ya, kalau takat nak cuci gambar dari size 4R ke 8R, semua nampak sharp. Apetah lagi kalau untuk upload dekat facebook atau flickr. Ini tips aku, daripada korang guna "unsharp mask" dalam Photoshop CS baik korang guna "smart sharpen". Apa yang korang perlu tau adalah berapa peratus dan jenis "smart sharpen" yang perlu digunakan. Apa-apahal pun, teruskan berkarya dan jangan putus asa. Oh ya, kalau orang tegur tu, korang terima ja, jangan bagi banyak alasan, nnt org yang tegur tu tanak tegur gambar korang dah.

Practice makes perfect
(Cubaan Kedua - "Practice makes perfect"

Sunday, December 11, 2011

Nak shoot macam aku ek?

Eyda Sequins - the bride
(Eyda Sequins on wedding dress)

Seperti yang korang tahu, aku ni banyak shoot portrait berbokeh-bokeh. Ada masanya sikit dan ada masanya banyak. Level creamy bokeh tu bergantung kepada perancangan aku sebelum shoot. Aku memang suka kalau subjek lebih menonjol dari background dan bokeh tu dijadikan frame gambar tersebut

Eyda Sequins
(Eyda Sequins feeling confident)

Pada fahaman aku, bokeh ni ada dua jenis, iaitu bokeh yang di hasilkan oleh aperture dan jugak bokeh focal length. Bokeh Aperture adalah bokeh yang disukai ramai, sebabnya dengan bukaan aperture yang betul, bokeh yang terhasil agak unik. ada yang berbentuk bulat-bulat dan ada yang berbentuk oktagon. Ada sesetengah lens boleh hasilkan unusual bokeh seperti putaran dan juga berbentuk donut. Bokeh yang dihasilkan oleh focal length pula adalah bokeh yang creamy dan juga sekiranya korang ni creative, shoot pada angle yang menarik, korang akan dapati subjek lebih pop up dari biasa takpun nampak seolah2 macam 3d

Berharap Kau Kembali
(Eyda Sequins looking for love)

Terus terang cakap la, kebanyakan talent memang suka gambar berbokeh ni kerana mereka lebih menonjol dari background. Jadi untuk kali ni aku nak kongsi dengan korang pasal bokeh long focal. Kali ni aku shoot dengan different approach terhadap lens aku.

Syarifah Amirah Syed Mahadi
(Syarifah Amirah in action)

Pada kebiasaan shots aku, bokeh yang dihasilkan sangat creamy. Creamy sampai tak nampak apa-apa. boleh je nak buat shots macam tu. ia lebih kepada tepuk dada tanya selera. 

Syarifah Amirah Syed Mahadi
(creamy kan?)

Tapi kali ni aku nak shoot portrait berbokeh tapi bokeh tu masih nampak detail dia. yang sebenarnya ada dua cara untuk buat macam ni, cara yang pertama adalah kita kecilkan aperture kita. Dengan ini, detail background akan nampak lebih jelas. Rekomenden aperture antara f4 - f6.3. Kalau korang nak tau, aku banyak shoot portrait guna lens Minolta 200mm f2.8  prime lens. Jadi aku nak guna aperture yang besar dalam photoshoot aku. Apa yang aku buat adalah aku dapat kan satu jarak yang sesuai bergantung pada view finder aku.

Syarifah Amirah Syed Mahadi
(agak-agak korang aku dok berapa jauh?)

Pada kebiasaannya aku akan lock titik focusing kemudian frame. Dengan berbuat macam tu gambar aku akan lebih tight, subjek dan background akan terpisah. Tapi kali ni aku dengan sengaja undur kebelakang lagi sehingga titik fokus aku kena tepat + framing aku cun. Dengan berbuat demikian gambar yang dihasilkan agak unik. Dia ada tiga layer, depth depan dan belakang kemudian hanya subjek yang sharp.

Missz Crayon
(Missz Crayon berangan)

Agak menarik kan bila dapat hasilkan gambar macam ni? hehehehehe, jenis shot macam ni, pemilihan lens juga perlu. Kalau jenis prime ikut kemampuan kita, boleh ja kalau nak guna 85mm f1.8 gambar sure best. tapi kalau berkemampuan boleh ja dapatkan lens 135mm(f1.8, f2.0, f2.8) 70-200mm f2.8 ataupun prime lens 200mm f2.8 kalau da kaya sangat beli ja 200mm f2 hahahahaha! ataupun boleh guna zoom lens yang sedia ada seperti 55-200mm, 55-300mm, 70-300mm, 75-300mm. asalkan korang zoom sampai habes, bekorban duduk jauh sikit then shoot. kalau kene dengan angle dia, gambar korang sure superb.

Missz Crayon
(different style processing, add punch to the colour)

Oh ya, sebelum aku terlupa, pastikan jarak subjek dengan background sekurangnya 5m atau 10m. kalau lagu jauh lagi banyak blur dia. Seperti gambar dibawah, background dia dekat sahaja, Jadi walaupun aku shoot buka f2.8, detail masih lagi kelihatan

Missz Crayon
(bad angle and bad framing)

Missz Crayon
(sekali sekala share gambar yang tak di edit untuk korang)

Sememangnya idea untuk shoot macam ni bukannya original dari aku, aku cuma apply apa yang aku dapat dari memahami exiff data gambar-gambar idola aku. Di peringkat awal, aku banyak study gambar2 Widjita. Pada aku, dia seorang sahaja yang shoot cara sebegini. Tetapi setelah aku masuk kedalam dunia dia, aku dapati kebanyakan photographer Indonesia  shoot sebegitu dan ada yang lebih dahsyat lagi. Alhamdulillah berkat tunjuk ajar mereka2 ni lah yang banyak membantu aku. Walaupun tak pernah berjumpa tapi kami saling berhubung di Laman sosial sedia ada.

Aku harap entry kali ni dapat beri idea pada korang macam mana aku shoot portrait aku. tp kalau dapat tutorial sure best kan? hehehe, Have fun and enjoy your outing