Friday, August 5, 2011

Syazwani Ramlan

Syazwani Ramlan

Gear Bukan Satu Masalah Bagi Aku
Pada 5 Ogos 2011 jam 5.00ptg, aku n Wan Fly keluar outing lepas gian dengan seorang talent bernama Wani. Dia ni kelakar, comel & agak susah untuk di shoot sebabnya dia banyak bergerak & kurang yakin dengan diri sendiri, Mungkin sebab ini kali pertama dia pose untuk org yang ada camera DSLR. Aku sendiri pun tak tau kenapa tetapi aku dengan sengajanya tak bawak gear aku. Yang pasti aku nak jadi Reflector boy untuk Wan Fly. Seperti korang sedia maklum, wan Fly gunakan body Sony Alpha a380(entry level). Aku pinjamkan Wan Fly Prime Lens Minolta 135mm f2.8 aku. Dalam dok shoot tetiba aku jadi gatai jari nak petik shutter, jadi aku pun mintak pinjamkan gear Wan Fly & amik beberapa shot wajib. Bila balik aku proses seperti biasa dan ini adalah beberapa gambar yang aku shoot.

My point exactly, "orang" selalu pertikaikan gear high end yang aku guna & disebabkan itu gambar aku kualitinya baik tetapi ia bukan bergantung kepada gear kita tetapi bergantung kepada kemahiran dan kepekaan JURUGAMBAR tu sendiri. Aku amalkan "Get It Right The First Time" dan inilah hasilnya. Jangan salahkan gear korang kalau gambar tak cantik tetapi salahkan diri sendiri. Kita patu berasa malu dengan Jurugambar-jurugambar 10thn dahulu dimana DSLR mula diperkenalkan, kalau dibandingkan dengan teknologi sekarang kita lebih maju tetapi gambar2 jurugambar dahulu lebih cantik dari kita. Secara jujurnya, aku sendiri pun berasa malu :(

Syazwani Ramlan
What do you think?

Syazwani Ramlan
How bout this?

7 comments: