Monday, September 5, 2011

Kharulnisa Nadira - me & my 50mm

Wei, hgpa buat apa? hahahahaha! sat kali ni aku nak try cakap loghat utagha pulak. Aku baghu ja lepaih outing dengan Nisa. Camana aku bole shoot dia? Macam ni nak habaq kat hangpa, semalam aku dok cuci ghumah ngan bini aku kat ghumah. sambil dok cuci tu aku beghangain macam besa la. dalam dok beghangan tu aku tiba2 aku jadi gian nak outing dengan 50mm aku. pastu aku teruih tulih status mukasughatkipaih aku yg ada tak sapa2 nak pose untuk aku(macam aku dok besa buat bila aku gian la) Sekali budak kecik nik kata jom. Aku pon apa lagi, inboq teghuih laa. da tuu, tengok muka pon comei. Sebagai seoghang laki, aku kena gentleman la

Kharulnisa Nadira
("Salam, name saye Nisa")

Aku siap habaq lagi kt dia, hang pakai la apa nak pakai. t-shirt putih dengan jeans pon xpa. Pakai selipa pon xpa, aku nanti tibai semacam ja. Budak ni dok ingat aku ni gila ka apa. tapi aku cakap,"emann tak kisah". hang bawak boipren hang sekali mai. kalau hangpa nak tau, bukan takat boipren, mak dia ngan adik dia dua oghang dengan tukang mekap soghang pon dia bawak hahahahaha! aku selamba ja shoot budak ni hahahahahaha!

Kharulnisa Nadira
(Loving You)

Sebagai talent baghu, aku tabik kat budak ni, senang aku nak gheja dengan dia, plus dia mau, tu yang penting tu. Muka dia hat innocent tu hat beh tu. aku pun mmg dah plan nak buat apa, macam besa la. aku pi, aku direct aku shoot, 1 shot 1 kill, hamek hang! hahahahaha! Untuk sapa2 yang nak ajak dia ni shoot, aku mmg rekemen dengan syarat, jangan sexy sangat, dia tak mau. hang tu pulak kalau da marka takmau, toksah dok paksa2 na. Buat malu ja. apa2 hal pon, aku akan shoot dia lagi nanti. hangpa tunggu ja noo

Kharulnisa Nadira
(I care for you)


Aku rindu 50mm aku, seketika dulu diperingkat awal aku dalam dunia photography aku mmg dah minat dengan portrait. Aku tanya sana dan sini lens apa yang best untuk portrait, tak ramai yang boleh cakap lens apa sehingga aku berjumpa dengan seorang photographer bernama Daniel. dia yang mula2 kenalkan aku dengan portrait lens yang pada pendapat aku its a must have lens. Aku terus jatuh cinta dengan lens tu dan shoot sana sini dengan lens tu. Mula2 dulu aku guna Minolta 50mm f1.7. lens ni mmg dahsyat, kepada pengguna Sony Alpha, dari korang beli lens Sony 50mm f1.8, baik korang amik Minolta 50mm f1.7. Percaya pada aku sebabnya ia adalah blueprint kepada Sony 50mm f1.4 dan lens ni lebih murah. Bokeh yg dihasilkan agak pelik sebabnya dia boleh buat bokeh pusing-pusing & bulat2. Aku ingat lagi pesanan org yang mula-mula memberi inspirasi kt aku tentang lens ni iaitu Zailani Nordin(otai yg low profile tak hengat), dia cakap lens 50mm ni sesetengah org panggil "ladies lens" dan setelah lama aku guna aku percaya kata-kata dia tu. Selain tu Zailani cakap yang lens ni mmg best kalau shoot black & white. Aku try dan memang pun. setelah beberapa lama aku dapat tau yang En.CT suka gunakan lens 50mm ni untuk shoot street. Dan ada jugak beberapa kali aku guna lens ni untuk shoot landscape. Secara kesimpulannya, You can do wonders with this lens, Its all depend on your own creativity.

Dalam sesi aku dengan nisa ni, aku mmg sengaja bawak lens 50mm ja. Tujuan utama adalah nak share dengan korang semua tentang kemampuan lens ni. Biasanya untuk dapatkan detail da sharpness yang baik dari lens ni kebanyakan photographe gunakan aperture dari f2 hingga f2.8. Tapi aku dengan sengaja gunakan aperture f1.4, tujuannya adalah untuk dapatkan natural softness(lens blur) asli dari lenst tu. titik focus dan depth yang kecil membuat shots ni agak menarik dimata ku. dan dgn sengaja juga aku shoot pada angle antara 30 hingga 45 darjah dengan tujuan untuk mendapatkan dimensi yang menarik. and it works. So, apa yang aku nak kongsi disini adalah tentang kemampuan lens ni dan juga angle yang lebih menarik supaya korang ada idea bila nak shoot nanti. 

Honestly aku tak kisah pun kalau korang guna angle atau pose yang sama macam aku. Malah aku pun berbuat begitu dengan rujuk gambar2 rakan2 artis yang lain. Jgn lupa, feel free to tag me. ALL THE BEST YA!!!

Khairulnisa Nadira
(I love you)


Khairulnisa Nadira
(I'll wait for you)
Khairulnisa Nadira - re-edit
(korang suke mane satu?)


Khairulnisa Nadira
(macam tak percaya ja aku guna 50mm untuk shoot gambar ni)


Khairulnisa Nadira

15 comments:

  1. susah2 kalau tgk gambar anda cikgu ... :)
    ish2 ...

    ReplyDelete
  2. hahahahaha apa yg susah nya? hehehehe

    ReplyDelete
  3. thanx bang azlan hehehehe. lame saye tak keluar denagn 50mm saye hehehe :)

    ReplyDelete
  4. Thanx bro, glad you see it that way :)

    ReplyDelete
  5. aku suka tgk pic ko bro... sumber rujukan :)

    ReplyDelete
  6. mantap bro.. angle 30-45 ek? saya pnah try guna f1.8(lens ambe nikkor 50mm f1.8 G je) tapi ade macam lost color skit.. knapa ek??

    ReplyDelete
  7. Idan : thanx bro, sangat2 menghargainya
    Adamerah : thanx abam hehehe

    Dewata : try it & find out :)
    Lens tu bagus, aku dapat banyak review positif pasal lens tu. Waktu hg shoot tu hg shoot jpeg or RAW?

    ReplyDelete
  8. tergeliat lidah nak baca entry ni aihh. haha

    ReplyDelete
  9. I love the last picture...Geramnyer, how to get such a nice shot...Ambek gambor Landscape dah ok..Baru berjinak2 nk try potrait..

    ReplyDelete
  10. alamak bro..cantekkkk... blh jd sifu la camni

    ReplyDelete
  11. colour, angle, model, semuanya perfect gila. ;)

    ReplyDelete