Saturday, January 21, 2012

How to process your picture like I did

Entry aku kali ni satu gambar ja, jadi rajin-rajin la membaca ye. Anyway kalau tgk gambar diatas adalah progression gambar aku dari asal ke final touches. Ini cara-cara aku hasilkan gambar ni ;

Gambar 1
Ini adalah gambar asal yang direct dari camera. Kalau korang perhatikan angle dan komposisi gambar aku diperingkat awal dah cun dah. Seperti yg kebanyakan tahu untuk shoot portrait aku gunakan "aperture priority" dan RAW sebabnya mudah nak di shoot dan banyak benda yang aku boleh adjust dalam Photoshop Lightroom. Ini exiff untuk gambar ni
iso : 200
Aperture : f1.4
EV : 0.5
W.B : auto

Gambar 2
Ini merupakan enhancement yg aku buat dalam lightroom, kenapa aku pilih Photoshop Lightroom untuk process RAW file aku? sebabnya aku malas nak cari update untuk Sony Alpha untuk Photoshop CS hahaha! anyway ini enhancement aku
Exposure : 0.3
Fill light : 20
Clarity : 30
Vibrance : 50

Setting lain aku tak kacau pun.

Gambar 3
Ini merupakan final touches aku dan aku pilih Photoshop CS3 untuk final touches aku. Untuk apa yang aku buat aku tak perlu CS4 atau pun CS5, jadi jangan tanya kenapa aku tak guna CS5. Lagipun aku bengap gila guna photoshop ni, memang tak pandai. Ini step aku ;
3.1 duplicate layer untuk spot healing dan juga clone(untuk background) then merge
3.2 duplicate layer dan tukarkan dari RGB mode ke Lab Colour dan ubah ikut apa yang diberitahu dalam youtube.com pastu tukar balik ke RGB mode
3.3 pastu aku main warna mengunakan "selective colour" yang ada pada "adjustment layer". Biasanya aku untuk skintone aku pilih warna merah dan kuning dan brush ikut sesedap rasa then merge
3.4 aku ulang step yang sama tapi kalini untuk background pastu merge
3.5 selepas itu aku pilih "saturation" yang ada pada "adjustment layer dan aku adjust warna ikut sesedap hati aku. dan aku erase bahagian skintone aku supaya ia tak menjadi merah atau kuning
3.6 pastu aku adjust curve untuk tona yg sedap mata aku memandang
3.7 sekiranya aku nak naik sikit detail, aku apply "high pass" dalam gambar aku.
3.8 sebelum resize aku gunakan plug in soften skin bernama portraiture pastu aku resize.

Senangkan processing gambar aku? Tak susah sangat, nak tau lebih lagi hgpa tengok youtube.com atau masuk ja mana-mana forum yang ada. Kalau nak cari yang dekat Malaysia susah sikit sebab tak ramai yang nak share jadi cari yang luarlah. Kalau tak faham Bahasa Inggeris itu salah korang sebab cikgu korang dulu sampai kering tekak ajar korang tapi tanak dengar. Anyway, all the best ya Have Fun


progress
(best kan kalau boleh buat macam ni?)

Tuesday, January 3, 2012

Me and My 50mm f1.4 part 2

Kharulnisa Nadira
(introducing Kharulnisa Nadira)

Hahahahaha! Baru aku perasan, untuk entry ni da dua kali aku gunakan model yang sama hahahahaha! What the hell lah. Anyway, untuk kali kedua aku nak share apa yang aku boleh buat dengan 50mm f1.4 aku dan aku tak kisah kalau korang gunakan pose dan angle ni sebagai rujukan. Aku tak nak katakan angle dan cara aku shoot ni betul dan cara org lain tu salah aku cuma nak kongsi faveret angle aku hehehe.

Kharulnisa Nadira

Viewers selalu tanya aku camana gambar aku sharp. Jawapannya adalah, diperingkat awal gambar aku mmg sharp, kalu tak sharp sekali pun asalkan ada detail dah mengcukupi. Lepas tu, guna la filter smart sharpen yang ada dalam Photoshop CS. Yang sebenarnya banyak faktor dan teori pasal gambar sharp ni selain turn on "Steady Shot" untuk Sony Alpha, VR untuk Nikon dan IS untuk Canon. Tak pun tangan yang steady. Ni nak share le ni

NIsa Nadira

Ini teori yang selalu amalkan; pemilihan metering adalah faktor dan biasanya aku akan pilih "center weight" ii adalah kerana cameraakan beri arahan kepada sensor untuk fokus cahaya disekeliling subjek dan seolah-olah subjek akan mendapan cahaya biasan. Selain tu value Shutter speed mesti lebih tinggi dari focal length. Sebagai contoh, untuk shot di atas aku gunakan 50mm f1.4 jadi sememangnya focal length aku 50mm. Shutter speed aku untuk shot ni adalah 1/500sec. Jadi memang sharp la hik hik hik. Ini satu lagi teori aku, kalau korang nak tau aku dissable Steady Shot aku(aku gune Sony Alpha ok). Alasan aku, tangan aku steady, shutter aku tinggi dari focal length, metering aku cun kalau aku enable Steady Shot, maka motor dia akan bergerak untuk dptkan gambar yang tak sharp sedangkan formular aku semua da betul da. camni lah, try it and find out.


Nisa Nadira
(best kan bokeh pusing-pusing and bolat-bolet tu? hehehe)

Kharulnisa Nadira
(aku suka dimension mcm ni, nampak unik)


Pemilihan aperture pun penting, kena faham bahawa aperture yang besar (nombor kecil f1.2, f1.4, f2.8) akan memberi DOF yang besar. Bermakna focusing nya kecil dan ruang lens blur dia luas dan boleh menghasilkan bokeh yang yummy. Sekiranya aperture kecil(nombor besar f4 - f22) akan memberi DOF yang kecil. Bermakna detail akan lebih tinggi dan boleh menghasilkan gambar yang sharp. Sekiranya aperture dibuka f5.4 ke atas maka bokehnya akan kurang tetapi detail keseluruhan gambar akan meningkat, jadi tepuk dada tanya selera hehehe. Sebagai contoh gambar-gambar dibawah aku guna kan aperture f2.8(optimum aperture untuk lens aku Sony 50mm f1.4) 

Click n' Snap Girls Next Door Outing
(open at f2.8 percaya atau tidak terpulang pada korang tp aku tak process gambar ni, just resize ja dlm Photoshop)

Alia is seeking for...
(open at f2.0, checkout DOF dia)

Fazita Khalid
(open at f2.8, best kan kalau semua shot dapat mcm ni?)

Mencabar diri sendiri
(Taken using iphone 3g, aperture f2.8 hik hik hik :P)

So, have fun exploring your 50mm