Wednesday, August 24, 2011

Eye Enhancement - Part 1

Salam kawan-kawan, kali ni aku nak kongsi salah satu dari teknik editing yang aku tahu. Terdapat perbagai cara untuk naikkan detail mata dan kesemuanya betul dan tadak yang salah. Terpulang pada citarasa korang. Seringkali viewers tertanya-tanya bagaimana aku edit bahagian mata dan kali ni aku akan kongsi langkah demi langkah supaya korang faham dan boleh buat juga.

Gambar yang aku guna ni adalah gambar original dan tak edit, tips dari aku, buat eye enhancement selepas korang enhance keseluruhan gambar. Oh ya, aku shoot RAW, senang nak buat enhancement.

Exif gambar ni adalah seperti berikut :-
body - a850
Lens - Minolta 135mm f2.8
Strobes with 1 flash on a bounced umbrella
iso200
f2.8
shutter at 1/250
ev at -0.5

LANGKAH 1 - buka gambar yang nak di edit
Eye Enhancement - 01

LANGKAH 2 - double click magnifying sehingga ke size asal
Eye Enhancement - 02
(lihat anak panak merah)

LANGKAH 3 - Kemudian click select marque tool untuk select bahagian anak mata
Eye Enhancement - 03
(lihat anak panah merah)

LANGKAH 4 - select bahagian anak mata dengan berhati-hati
Eye Enhancement - 04
(lihat "add to selection", pastikan korang click situ jugak)

Eye Enhancement - 05
(clean selection)

LANGKAH 5 - click image - adjustments - levels(untuk cerahkan sedikit bahagian anak mata)
Eye Enhancement - 06

LANGKAH 6 - menu baru akan keluar fokus pada "output levels"
Eye Enhancement - 07

Eye Enhancement - 08
(letakkan value dari 3 hingga 10 bagi mengcerahkan bahagian anak mata)

LANGKAH 7 - click Image - Adjustments - Hue/Saturation untuk naikkan warna
Eye Enhancement - 09

Eye Enhancement - 10
(naikkan value antara 10 ke 30 atau ikut citarasa masing-masing atau kreativiti masing-masing)

LANGKAH 8 - click Filter - Sharpen - Unsharp Mask untuk naikkan lagi detail anak mata
Eye Enhancement - 11

Eye Enhancement - 12
letakkan value seperti dibawah
Amount : 100
Radius : 4 hingga 8
Treshold : ubah level ikut citarasa sendiri

Langkah terakhir - tadaaaa!!!
Eye Enhancement - 13

Sila ingat bahawa jumlah value terpulang pada citarasa masing-masing. Aku tak kata value aku ni tepat atau betul, ianya sebagai panduan sahaja. Nota pada diri sendiri; terdapat pelbagai teknik "eye enhancement" yang korang boleh dapat dalam Youtube.com persoalannya, rajin dan tak rajin je.

Try it and find out, all da best ye.
oh ya, Tag la aku sebagai tanda penghargaan lalala~ (muke tak malu)

Monday, August 22, 2011

Aisyah Azhar - First Timer

Aisyah Azhar
(Pose Kegemaran Aku)

Salam Kawan-kawan, kali ni aku nak perkenalkan Aisyah Azhar. She's 20 & still study in UiTM(aku x pasti kt mana). Yang pasti aku senang bekerja dengan dia. Aisyah di perkenalkan oleh kawan aku Farhah Ruslan(Jenab Jundi Collection). Photoshoot kali ni untuk promosi tudung-tudung, Jumpsuit untuk online butik.

Review aku pasal budak kecik ni simpel ja, dia fun, open, boleh pose dan yang paling best adalah senyuman dia dan mata dia. Walaupun first time, Aisyah boleh pose dan interact dengan matang. nak direct dia pun senang. dan dia boleh ikut. Dan dia ni agak kreative dalam pemakaian tudung. secara jujurnya somehow aku lebih suka shoot dia bertudung dari free hair. Dia nampak lebih lawa macam tu(IMHO). Yet still, Tepuk dada tanya selera

Plan aku untuk budak kecik ni? Aku plan untuk buat satu couple shoot outing dia dgn bf dia, ini untuk profile aku dengan gambar diorang. Kalau aku ada solo outing, aku nak shoot KAWAII sebabnya dia ni mmg cute :)

Anyhoo, Enjoy the pictures ya

Aisyah Azhar
(Hangpa Ushar Sat Mata Dia)

Aisyah Azhar
(Bole Jatuh Cinta Wooo)

Aisyah Azhar
(Kulit Ecah Memang Licin ok)

Aisyah Azhar
(Sila Jatuh Cinta ok)

Aisyah Azhar
Taken using a850 + Minolta 135mm f2.8 + Strobes with 1 flash on a bounced umbrella

iso200
f2.8
shutter at 1/250
ev at -0.5

Aisyah Azhar
Taken using a850 + Minolta 135mm f2.8 + Strobes with 1 flash on a bounced umbrella

iso200
f2.8
shutter at 1/250
ev at -0.5

Aisyah Azhar
Taken using a850 + Minolta 135mm f2.8 + Strobes with 1 flash on a bounced umbrella

iso200
f2.8
shutter at 1/250
ev at -0.5

Saturday, August 20, 2011

Outing dengan Amir Alias & Mischa Luvriella

Mischa Luvriella - wild thing

Salam kawan-kawan, bebaru ni(17.8.2011) aku ada outing dengan Mischa Luvriella. Budak ni da buli aku. Kalau korang nak tau, aku ni mmg ada masalah dengan Leopard skin, Cheetah skin & tiger skin. Aku tak tahu kenapa aku tak suka tapi mungkin sebab dress tu membuatkan seseorang tu nampak murah. Yg peliknya, Mischa manage to pull it off. Aku agak rasa pelik disitu. Sepanjang sesi tu aku dengar Mischa gelak sambil membebel kat aku hak hak hak.

Mischa Luvriella

Mischa Luvriella

Mischa Luvriella

Mischa Luvriella
Mischa Luvriella

Tempat yang kami shoot haritu adalah di Hutan Lipur di Bukit Panchor, Parit Buntar. tempat ni agak tersorok sedikit dan kalau suruh aku p lagi sekali mmg tak jumpa la hahahaha! Apa yang pasti untuk Bokeh Lovers, tempat ni sesuai sangat untuk korang. Banyak peluang & angle bole dishoot kt sini yang pasti dengan syarat, mesti ada matahari. kalau tadak tempat ni akan jadi gelap. Waktu shoot tu aku menyumpah gak Mischa sebab pakai Leopard Skin Dress sebabnya aku tau kawan2 aku akan bahan aku dan sememangnya aku kena bahan. da 5 hari da aku kena bahan huhuhuhuhu. Seb baik gambar aku bole la tutup mulut depa ni sikit hahahahaha!

Mischa Luvriella - Wild Thing

Mischa Luvriella

Mischa Luvriella

Mischa Luvriella

Bersama aku haritu adalah Amir Alias dariVenture Creative Photography. Aku ajak dia bersebab. Sebabnya aku dapati shooting style & editing style serta framing kami hampir sama. Pada aku agak pelik sebabnya aku jarang jumpa photographer macam ni selain dari aku dan kawan-kawan aku. Aku dapat tua pasal Amir Alias dari Mentor aku iaitu Cikgu Dollah. Dari pandangan peribadi aku, Amir Alias ni kalau tak kenal orang akan kata macam-macam tapi bila dah kenal kita akan tahu bahawa dia ni mmg seorang yang baik dan murah hati serta boleh berkongsi idea & ilmu bersama, selain tu Amirl Alias boleh bekerja dalam kumpulan dimana dia tak kisah untuk tolong pegang reflector dan bagi idea serta pendapat tentang angle yang best. Banyak jugak idea yang kami kongsi bersama dan yang pasti harituu aku memang betul-betul termakan racun 85mm f1.4 waaaaaa!!!! Memang dahsyat penangan 85mm. InsyaAllah di masa akan datang aku dari kawan-kawan(tm) akan outing bersama dengan crew Venture Creative.

Kalau nak view artwork Amir Alias, korang boleh ushar kt sini
1. http://amiralias.com/
2. http://www.flickr.com/photos/amiralias/
3. http://vcphotographer.blogspot.com/
4. http://www.facebook.com/amiralias

Wednesday, August 17, 2011

FAQ : Frequently Asked Questions

1. MANA EMANN DAPAT TALENT NI? MACAMANA DIORANG NAK POSE UNTUK EMANN?
2. BILA NAK AJAK AKU OUTING?
3. MACAMANA EMANN EDIT GAMBAR? GUNA APA?
4. TAK MAU SHOOT CARA LAIN KA? BUAT KELAINAN SEDIKIT?
5. TAKMAU SHOOT MODEL LELAKI KA? ASYIK SHOOT PEREMPUAN JA
6. BRO, NAK TAU EXIF DATA BOLE?

1. MANA EMANN DAPAT TALENT NI? MACAMANA DIORANG NAK POSE UNTUK EMANN?
Di peringkat awal penglibatan aku dalam dunia portrait photography aku banyak shoot orang disekeliling aku, bini aku, adik aku. Dari situ aku buat outing untuk create satu profile. Dengan profile tu aku guna untuk tekel mana2 talent dalam facebook.
Bila dapat peluang aku gunakan dengan terbaik. biasanya untuk sesi pertama aku tak focus sangat, lebih kepada main-main & kira macam warm-up session. Aku pastikan talent tu selesa dengan aku. Kita sebagai portrait photographer kena professional dalam PR kita. DO NOT CROSS THE LINE! faham ayat tu ok. Biasanya aku akan sembang n tanya background talent tu sendiri, kalau ada soalan yg dia takmau jawab kita jangan paksa. Bila dapat peluang untuk keluar dengan talent, jangan ajak ramai kawan, kalau nak ajak baik korang buat gangbang je hahahahaha! ajak sorang dua dah supaya dia selesa dengan korang. Pastu bila shoot tu pastikan korang buat yang terbaik. Ini tips aku untuk sesi pertama, apa korang perlu shoot adalah :
- headshoot (vertical & horizontal)
- half body (vertical & horizontal)
- full body (vertical & horizontal)
- full body[sit] (vertical & horizontal)

Diatas adalah shot wajib aku bila buat outing dengan first timer. Lepas tu ikut korang la nak shoot macam mana. Oh ya, ini satu benda yg sangat penting; pemilihan gambar untuk diupload tu sangat penting. Talent suka gambarnya yang cantik, talent suka gambar dia menonjol dari background. Selain tu, jangan kedekut sangat untuk belanja talent makan or belanja dia dress or buat rambut. Paling baik sekali, untuk sesi pertama biar dia yg pilih apa yg dia nak pakai, galakkan dia pakai simpel dan tak perlu bazir duit untuk buat rambut or upah orang mekap. Andaikata talent tu perform dengan bai, berikan dia credit. Secara semulajadi, Talent mmg suka dipuji. Ini yang paling PENTING; JANGAN JANJI BENDA YANG TAK PASTI, maksudnya jangan janji dengan talent bahawa kalau lepas shoot dengan korang bole jadi famous takpun "Aku akan buat ko famous". Itu maknanya kita bagi harapan palsu.

Bila korang bersikap positif, talent akan suka. Dia akan bawak mulut dengan cerita yang baik dekat kawan-kawan dia. Bila kawan-kawan dia add korang dalam FB, korang layan dengan baik dan buat benda yang sama. Dan ulang benda yang sama sehingga profile korang solid. Bila profile korang solid barulah korang tak perlu susah payah cari talent, talent akan cari korang.

AKU DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK KORANG. ALL THE BEST :)

2. BILA NAK AJAK AKU OUTING?
Ada masanya aku agak rimas dengan soalan ni tapi aku akan layan jugak sebabnya tak baik sakitkan hati org, sakitkan hati sendiri xpe hahaha. Anyway, untuk pengetahuan korang tak semua outing aku ni terbuka untuk semua orang. Kebanyakanny adalah private outing, ini adalah permintaan talent aku sendiri. Maximum photographer / assistant yang biasanya aku akan bawak dalam 4orang sahaja. Itu pun dikalangan kawan-kawan baik aku, Amirul Bakhri, Irmi Ismail, Azlan Rooke & Wan Fly. Kenapa aku selalu ajak depa ni? Sebabnya kami boleh bekerja dalam kumpulan, kami tak berebut untuk shoot talent dan yang paling utama shooting style kami lebih kurang sama, kami minat pada Bokeh, Warna dan Detail. Kami bole amik giliran untuk pegang reflector ataupun lightstand & tak berkira antara satu sama lain.

Tetapi ada masanya aku akan solo outing dengan talent, waktu ni aku akan ajak org lain selain dari kawan-kawan aku. Assistant ni aku akan pilih ikut suka hati aku dan biasanya kepada yang betul2 minat dan tak tanya banyak bila aku ajak outing. Semestinya bila jadi assistant aku, aku akan ajar sedikit sebanyak. Kepada yang pernah jadi assistant aku mungkin akan faham.

Bila korang bole ikut aku outing? hehehehehe Ada masanya aku akan organize satu outing untuk semua orang dan biasanya minimum 5org dan maximum 10org. Aku punyai satu prinsip, sekiranya outing aku lebih dari 4 orang, aku akan collect duit dan bayar talent, Ini adalah contribution aku kepada talent. Walaupun di peringkat awal tadak perjanjian macam tu tapi aku tetap akan collect duit dan beri pada talent. Sebabnya senang, PENAT KOWT JADI TALENT. Nak layan perangai fotoman yang ada macam2 style. Range collection yg aku akan collect adalah antara RM10-RM20. AKu akan arrange talent yg berbakat dan berbaloi. Selain korang dapat shoot talent, aku akan bagi few tips & hint dalam portrait photoshoot.

KESABARAN TU PENTING, HORMATI ORANG LAIN PUN PENTING

3. MACAMANA EMANN EDIT GAMBAR? GUNA APA?
Aku suka betul soalan ni hehehehe. Editing aku simple sangat yang pasti apa yg aku buat aku amalkan "Get It Right The First Time". Diperingkat awal aku pastikan gambar aku cun dimataku. Aku amalkan Basic ja dalam photoshoot aku, Kompo & framing cun baru aku shoot. Sebabnya bila gambar korang da cun, korang edit macamana pun akan cun. Masa peringkat awal dahulu aku gunakan Picassa untuk edit sebabnya aku tak reti nak guna Photoshop CS mahupun Lightroom. Pernah jugak aku tanya soalan yang sama dekat kawan-kawan aku dahulu(tanak sebut nama), janji nak ajar tapi sampai sekarang tak ajar. Diornag cakap,"senang je, hang buat macam ni, pastu macam tu then up ni sikit pstu siap". Jawapan tu membuatkan aku sakit hati & aku tanak jadi macam diorang bila aku dah pandai nanti.

Kalau korang nak tau, aku ni shoot RAW dan aku gunakan Lightroom untuk enhancement permulaan. So ini tips dan step aku edit;
Lightroom
- Exposure
- White Balance
- Clarity, Vibrance, Saturation
- Contrast
- HSL
- Vignett
- Brush untuk highlight dan juga naikkan detail
untuk lebih maklumat dan tutorial korang boleh tengok blog ni :
http://mieyrool.blogspot.com/

Pastu aku Final touch dalam Photoshop CS
- buang spots n jerawat or parut
- resize (aku da buat Tutorial da)

Aku pernah bagi personal tutorial ni dekat beberapa fotoman. Ada yang betul-betul guna tips yang aku bagi ni dan sangat membanggakan aku bila diorang berjaya. Ada pulak yang menyakitkan hati aku bila dok jeles/cemburu tak tentu pasal dekat gambar aku. Biasanya aku jawab macam ni,
"Aku da ajar tapi korang tak guna, apa boleh buat?"

Disebabkan ramai yang berperangai macamni membuatkan aku makin susah untuk kongsi ataupun tunjuk tutorial secara personal.

Oh ya, tips yang aku bagi tu adalah basic sahaja, of coz la aku ada buat beberapa advance editing untuk gambar aku yang membuatkan aku amik masa dari 30min hingga 1jam bagi satu gambar. Lagi satu aku nak bagitau kat korang, YOUTUBE adalah salah satu sifu editing aku hehehe. Yang pasti, aku sangat berterima kasih kepada Cikgu Dollah sebabnya dia orang pertama yg mengajar aku Picture Enhancement dan juga Hakkan Lye sebab ajar aku pasal Black & White Photography

INGAT YA, MEMBACA TU PENTING

4. TAK MAU SHOOT CARA LAIN KA? BUAT KELAINAN SEDIKIT?
Secara jujurnya, TAK. Untuk pengetahuan korang aku ada 3 benchmark dalam dunia fotografi ni iaitu Cikgu Dollah, Widjita dan juga Librodo. Ketiga-tiga Artist ni fokus kepada 3 perkara yang sama tapi style yang berbeza iaitu ketiga-tiga artist ni fokus kepada WARNA, DETAIL & DEPTH OF FIELD(BOKEH). Dan sememangnya aku pun suka kepada perkara yang sama. Selain tu komposisi kitiga-tiga artist ni simpel sahaja & aku suka itu. Aku tak pasti samada aku dah sampai atau belum ke tahap mereka ni tapi yang pasti aku takkan putus asa sehingga aku ke tahap mereka bertiga ni. Harap aku akan jadi seperti mereka satu hari nanti.

REMEMBER, ART IS EVERYTHING & EVERYTHING IS ART.

5. TAKMAU SHOOT MODEL LELAKI KA? ASYIK SHOOT PEREMPUAN JA
Tak, takmau. Naluri lelaki aku mengatakan JANGAN hahahahahahahahahaha! Mmg macam tak kesampaian lagi, tadak seru lagi kowt. Tak dapat aku bayang kan macamana aku nak direct talent lelaki pose dgn konsep apa. hahahaha, geli rasanya bila tulis entry ni. Yang kelakarnya soalan ni aku dapat dari lelaki sendiri. Aku rasa pelik sangat hahahahahaha!
Aku akan shoot talent lelaki kalau ianya melibatkan sukan dan jugak sukan permotoran, itu sahaja. Yang menyakitkan hatinya bila aku upload gambar-gambar talent lelaki, tadak sapa pulak nak click "like" atau komen. Agak menyakitkan hati, seriously. Kalau korang ada kat tempat aku korang akan faham. Orang tak menghargai sport photography, pada aku senang ja, p try shoot tgk sport pastu bagitau kat aku senang atau susah. All the best ye

INGAT, HORMATI HASIL SENI MASING-MASING ADALAH SATU BENDA YANG SANGAT BAIK

6. BRO, NAK TAU EXIF DATA BOLE?
Bole je, tadak masalah. Tapi aku selalu heran kalau orang tanya soalan macam ni. Aku tertanya-tanya apa korang boleh buat atau nak buat bila tau exif data aku. Yang pasti begini, tak mungkin akan dapat result yang sama disebabkan oleh editing aku. Disebabkan itu, aku tak kisah sangat nak share exif data aku. Andaikata exif data aku dapat membantu korang, aku tak perlu banyak, cakap terima kasih pun da cukup & kalau korang nak tau, aku tak dapat pun penghargaan macam tu. sakit hati pun ada gak kekadang tu. Tapi buat masa sekarang, kira halal lah hehehe. Anyway, All the best :)

EXPERIMENT TU PENTING

Sunday, August 14, 2011

Resize for facebook

Seperti yang kita tahu, facebook bukanlah platform yang baik untuk dunia photography kalau nak dibandingkan dengan flickr, deviantart, 500px ataupun photopages dan sebagainya. Biasanya kalau kita upload pada size asal, sistem pada facebook akan kecilkan gambar-gambar kita dan menyebabkan kualiti gambar kita menurun yang membuatkan kita hairan kenapa gambar asal lebih cantik dari gambar yang diupload dalam facebook. Aku ada cara untuk selesaikan masalah tu :)
As we all know, facebook is not the best platform for photography world if we want to campare to flickr, deviantart, 500px ataupun photopages and others. Normally if we upload the normal size, the system will compressed our picture and cause the quality of our picture decrease that makes us wonder why the original picture is better than the one we upload in facebook. I have ways to solve it :)

landskap / landscape
langkah 1 / step 1 (buka gambar / open picture)
1
(mode landskap / landscape mode)

LANGKAH 2 / STEP 2
click 'image' - 'image size...' / click 'image' - 'image size...'
2

saiz asal / original size
3

LANGKAH 3 / STEP 3
kecilkan gambar / resize picture
1. tukarkan resolution kepada 72 / change the resolution to 72
2. tukarkan lebar(width) kepada 720 / change the width to 720
3. klik 'Bicubic sharper(best for reduction)' / click 'Bicubic sharper(best for reduction)'
4. klik 'OK' / click 'OK'
4
(selepas itu gambar sudah sedia untuk di upload / after that your picture is ready to be upload)


POTRET / PORTRAIT
langkah 1 / step 1 (buka gambar / open picture)
5
(mode potret / portrait mode)

LANGKAH 2 / STEP 2
click 'image' - 'image size...' / click 'image' - 'image size...'
6

SAIZ ASAL / ORIGINAL SIZE
7

LANGKAH 3 / STEP 3
kecilkan gambar / resize picture
1. tukarkan resolution kepada 72 / change the resolution to 72
2. tukarkan tinggi(height) kepada 720 / change the height to 720
3. klik 'Bicubic sharper(best for reduction)' / click 'Bicubic sharper(best for reduction)'
4. klik 'OK' / click 'OK'
8
(selepas itu gambar sudah sedia untuk di upload / after that your picture is ready to be upload)

Friday, August 12, 2011

Intan Shafinas

Intan Shafinas
teaser

Aku mmg ada masalah dgn budak Shafinas ni. Setiap kali aku jumpa dia mesti aku jadi blur & bengong2. Honestly, antara ramai2 talent yang aku pernah shoot, INTAN SHAFINAS la yang paling susah. Sebabnya aku taboleh nak fokus, aku mmg admire dia sejak aku mula photography sampai sekarang. CIkgu Dollah n Diamond Sapphire pulak selalu perli aku, waaaa!
Anyway, aku sempat beberapa kali shoot dia & secara jujurnya mmg senang untuk kerja dengan dia. Aku hanya point & shoot then cakap "next". Pandaikan aku? hehehehe. Bakal sesi kami yang berikutnya adalah kebaya photoshoot(with a twist) tapi tak tau bila sebabnya kami berdua masih lagi dok ulangkaji tentang photoshoot tu, yg pasti, ada harapan orang repot gambar2 kami dekat FB. Like we care hahahaha!

"anyway beb, I'm waiting for that time for you to be ready hehehehe"

Intan Shafinas - wanabe
(wanabe)

Intasn Shafinas
(come to me)

Intan Shafinas
(Lets Tango)

Intan Shafinas
(Haiiiiii!!!!)

Intan Shafinas
(i know some might not like the tone huhu)

Intan Shafinas
(macam ok la pulak)

Monday, August 8, 2011

Mischa Luvriella - Kebaya

Mischa Luvriella - Kebaya
(teaser)

Mischa adalah salah seorang talent kegemaran aku, Asalnya aku shoot dia untuk profile aku, then shoot dia dengan Cikgu Dollah untuk sesi belajar. pastu lama kelamaan kami jadi goodfriend & sekarang salah seorang dari bestfriend aku. Aku percaya dia, walaupun aku pernah ada konflik sedikit dengan dia tapi aku percaya dia. Ada satu tahap tu, org sekeliling yang tak kenal aku tapi dok kata kami dua ni ada scandal, wahahahahahahaah! ape la korang ni? I swear to GOD, It never happen

Untuk bekerja dengan Mischa sangat mudah. Korang just set camera, frame siap2 then click shutter pastu cakap next...next..next...Mischa akan tukar-tukar pose. aku selalu bagi kebebasan pose kepada Mischa sebab dia mmg boleh pose hahaha! kalau korang ada group, bole hired dia untuk photoshoot. Try it and Find how easy to work with her. Anyway, Enjoy ya hehehe :D

Mischa Luvriella - Kebaya
(I Love KEBAYA Photoshoot)

Mischa Luvriella - Kebaya
(Nampak macam blend in pun ada huhuhu)
my bad :P

Mischa Luvriella - Kebaya
(Korang patut tengok Mischa pakai Kebaya Live)

Mischa Luvriella - Kebaya
(Untuk gambar ni aku experiment lagi dengan vivid)
agak gila babi sikit

Mischa Luvriella - Kebaya
(hat ni kantoi sikit hahaha)

Mischa Luvriella - Kebaya
(Square Format)

Mischa Luvriella - Kebaya
(This one will not be on Facebook)

Mischa Luvriella - Kebaya
(Autum in my heart)

Mischa Luvriella - Kebaya
(dalam hati ada taman)

Mischa Luvriella - Kebaya
(Kembali Padaku)

Mischa Luvriella- Kebaya
(not a good one, but enjoy je lah)

Mischa Luvriella - Kebaya
(Gediks)

Mischa Luvriella - Kebaya
(aku mmg suka experiment)

Mischa Luvriella - Kebaya
(Hamboi-hamboi)